Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 29, 2019 @ 12:00pm

Jasper Supayah Lega.

Berkat kerja keras sejak tiga tahun lalu, Jasper Supayah lega rezekinya dalam bidang lakonan semakin murah.

Pernah bergelut membina reputasi, Jasper tidak pernah hilang semangat menempatkan diri dalam kalangan pemain industri apatah lagi dirinya bukan Melayu.

“Bukan mudah hendak menempatkan diri… Apatah lagi saya artis bukan Melayu dalam pasaran yang dikuasai artis Melayu.

“Saya bermula di pentas nyanyian Akademi Fantasia (AF) 2016, tapi rezeki berlakon pula menjelma,” katanya kepada BH Online.

Jasper yang juga calon awal kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-32, teringat detik sukar ketika mula bertatih selepas meninggalkan pentas AF.

“Rezeki berlakon ada kalanya murah, ada ketikanya tidak begitu. Saya pernah menganggur beberapa bulan.

“Tetapi sekarang, saya bagai tak menang tangan dibuatnya,” katanya.

Tambah Jasper, dia sedang menyiapkan penggambaran beberapa drama seperti Alergi Mamat Romantik, Sara Sajeeda, Puteri Yang Ditukar dan Ombak Rindu The Series.

Sekalipun sibuk berlakon, minat Jasper terhadap dunia nyanyian tidak pernah luntur.

“Saya sudah siap merakamkan single pertama ciptaan Nami Harez berjudul Empati. Single itu hanya menunggu masa untuk dilancarkan.

“Dendangan ini bakal menjadi runut bunyi untuk sebuah filem yang masih dirahsiakan judulnya,” katanya sambil menambah lagu itu berkisar kisah cinta tidak kesampaian.

Jasper berkata, dia juga merancang merakamkan single rancak ala Ariana Grande.

“Semua ini adalah sebahagian daripada perancangan label muzik saya, Positive Recording. Saya juga akan terbabit dengan lagu duet berjudul Rindu Kamu bersama Oney May,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Sat, 20 May 2023
Hiburan Sat, 5 Oct 2019

Gosip Rumah Tangga Goyah, Suami Laudya Cynthia Bella Beri Bayangan…

Doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini. Amin!

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Anak Lana Nodin Selamat Jalani Pembedahan, Syukur!

Syukur Alhamdulillah…semoga terus kuat Billy!

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Sufian Suhaimi Pecah Rekod Artis Malaysia?

Wow! Mampukah Sufian Suhaimi mencipta sejarah dalam #AJL33 nanti? Sama-sama kita tunggu

Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Kenapa Bapa Lega Zahirah Putus Cinta?

Tambah Zainol, “ Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

Featured Sat, 28 Dec 2024
Hiburan Thu, 12 Mar 2020
error: Content is protected !!