Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 15, 2022 @ 5:04pm

“Jika Awak Rasa Bagus Suruh Budak Menari Lagu Tu, Terpulang!” – Bimbang Dengan Trend ‘Wednesday Dance’, Elfira Loy Dedah Lirik Disebalik Lagu

Trend tarian yang diambil dari siri drama popular Netflix, Wednesday, semakin mencuri perhatian terutamanya dalam kalangan remaja pada masa kini.

Bahkan, terdapat segelintir golongan ibu bapa yang mengambil ringan dan menganggap tarian yang menjadi ikutan anak-anak mereka itu hanyalah sekadar bentuk hiburan semata-mata tanpa mengambil peduli lirik disebalik lagu latar tarian berkenaan yang mengandungi unsur pemujaan tuhan jesus mereka.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di media sosial, pelakon Elfira Loy ada berkongsi lirik disebalik lagu tersebut menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya pada Rabu.

Walaupun sekadar berkongsi lirik lagu muzik latar tarian berkenaan, Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 28, menganggap adalah tidak baik membiarkan sahaja anak-anak atau remaja terus terpedaya dengan bentuk hiburan sedemikian tanpa mengetahui maksud disebalik perbuatan yang dilakukan.

“In case anda tidak membuat carian di Google mengenai lirik tersebut. Inilah dia lirik tarian Wednesday tu.

“Jika anda rasa bagus untuk menari dan bagi budak-budak menari menggunakan lagu tu, Subhana-Allah, terpulang kepada anda,” tulisnya.

Terdahulu, penyanyi Lan Solo ada berkongsi video memaparkan anak perempuannya, sedang rancak menari tarian berkenaan sehinggalah terdapat  segelintir netizen yang menegur bahawa lirik lagu tarian berkenaan mengandungi unsur pemujaan.

Dan, sehingga kini Lan masih berdiam diri mengenai respons yang diberikan netizen terhadap anaknya itu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 9 Feb 2024
Featured Wed, 6 Nov 2024

Rashidi Ishak Sifatkan Fazura ‘Tone Deaf’, Mohon Pengurus Cari Guru Vokal – “Saya Pasti Dia Boleh, Terpulang Nak Atau Tak Nak Je”

Rashidi menganggap dengan latihan berterusan Fazura mampu menyanyi menjadi penyanyi yang baik.

Hiburan Fri, 12 Jan 2024

Individu Dakwa Chef Wan Potong Separuh Gaji Pekerja Gred A, Bongkar Restoran De.Wan Tiada Untung?

Eh, takkanlah sampai gaji chef-chef hebat & pekerja lain RM1,500 je?

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Events Mon, 4 Nov 2019

网红究竟能赚多少钱?《网红炼精术》为你揭秘

网红到底是什么?网红又是如何赚钱的呢?如何成为网红?

Drama Thu, 16 Apr 2026

Siti Hariesa Kejar Cinta Noki Dalam Dear Farris, Tapi Ditolak?

Dear Farris lakonan Noki K-Clique & Siti Hariesa bakal ditayangkan secara eksklusif di Tonton bermula 18 April 2026.

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Featured Mon, 31 Jan 2022

Tahniah! Neelofa Selamat Melahirkan Baby Boy

Tak sabar nak tengok baby boy Lofa!

Featured Mon, 9 May 2022
error: Content is protected !!