Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 22, 2025 @ 1:36pm

Johan Teroka Dunia Automotif, Buka Kedai Motosikal Elektrik GGR

Pelakon dan penyampai radio popular, Johan kini melangkah ke dimensi baharu apabila menceburi dunia automotif menerusi pembukaan Pusat Pameran Motosikal Elektrik (EV) GGR x Johan di Melawati Square, Kuala Lumpur.

Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 41, berkata, langkah itu dilakukan bersama syarikatnya, Hanania Group Sdn Bhd, hasil kolaborasi dengan GGR Legacy (M) Sdn Bhd (GGR Motor).

“Ini bukan sekadar bisnes, tapi satu usaha saya menyokong arah tuju negara ke mobiliti hijau. Saya mahu semua tahu EV bukan lagi masa depan, tapi keperluan hari ini,” katanya.

Majlis pelancaran yang berlangsung meriah itu turut menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara GGR Motor dan Hanania Group, sekali gus menandakan permulaan kerjasama strategik dalam penjualan motosikal elektrik.

Lebih bermakna, majlis bersejarah itu dirasmikan oleh rakan baik Johan yang juga penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin, dihadiri tetamu kenamaan termasuk YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail, Profesor Dr Nizar Abd Jalil, serta Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi.

Menariknya, Johan menjadi artis kedua selepas Farid Kamil yang bergabung dengan GGR Motor dalam memperkenalkan motosikal elektrik mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Motosikal elektrik keluaran GGR Motor direka praktikal dan berdaya tahan, dilengkapi tiga mod kelajuan fleksibel dari 35 km/j hingga 70 km/j, menjadikannya sesuai untuk kegunaan bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

Bateri pula boleh dicas penuh dalam masa sekitar enam jam dan tidak memerlukan servis enjin berkala, sekali gus mengurangkan kos penyelenggaraan.

Model ini turut disertakan waranti sehingga 50,000 kilometer, dengan pilihan enam warna menarik termasuk merah, putih, kuning, oren, biru cair dan merah jambu.

Harga jualan ditawarkan pada RM2,999 selepas rebat RM1,000 daripada GGR Motor, sah sehingga Disember 2025 bagi pembeli berpendapatan tahunan di bawah RM100,000.

Semua motosikal didaftarkan dengan JPJ dan dilindungi insurans, manakala pemilik turut menikmati kelebihan tiada cukai jalan bagi kenderaan elektrik dua roda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 May 2023
Hiburan Sat, 30 Nov 2019

“Boleh Bermain Emosi Melalui Raut Wajah, Tak Perlu Pegang-Pegang,” – Jalil Hamid

Ayam bermacam Ayam! Siapa ingat lagi Ayam nyanyian Jalil Hamid?

Hiburan Wed, 12 Jun 2019
Featured Fri, 29 Aug 2025

Filem Assalamualaikum Baitullah: Sarat Dengan Sajian Emosi Tentang Cinta, Kehilangan & Keikhlasan

Sebuah filem yang sarat dengan emosi, pengajaran serta perjalanan spiritual.

Trending Mon, 16 Aug 2021

Monoloque & Kimal Beri Nafas Baharu Lagu Legenda

Legenda, seperti tajuknya, merupakan sebuah lagu malar segar nyanyian Datuk Sheila Majid yang dicipta oleh Fauzi Marzuki, Jenny Chin, dan Habsah Hassan. Lagu ini pada asalnya merupakan lagu penghargaan kepada lagenda permata seni yang tiada […]

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Nazim Othman Demand?

Pelakon, Nazim Othman tidak membenarkan sesiapa untuk menguruskan rambutnya dan solekannya kerana beliaulebih selesa untuk melakukannya sendiri.

Hiburan Thu, 18 Sep 2025

Ustaz Azhar Idrus Tepis Persepsi Segelintir Wanita Anggap Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah

Ustaz Azhar Idrus tidak setuju persepsi buka tudung lebih dekat dengan Allah swt

error: Content is protected !!