Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 30, 2019 @ 1:39pm

Jom Tengok I Can See Your Voice Musim Kedua Bermula 23 Jun Depan!

Menerima respon baik daripada penonton, program realiti hiburan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) kembali untuk musim kedua bermula 23 Jun ini pada setiap Ahad, jam 9 hingga 10.30 malam di TV3.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, program itu menjadi bualan dan trending di platform digital menerusi YouTube.

“Kami mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada penonton setia apabila program ICSYVMY musim pertama menjadi bualan dan trending di platform digital menerusi YouTube.

“Sokongan penonton membuatkan TV3 meneruskan ICSYVMY untuk musim kedua dengan pembaharuan yang lebih segar bersesuaian dengan permintaan penonton hari ini,” katanya.

Program yang mengambil konsep dan format program asal dari Korea Selatan oleh CJ ENM ini  bakal menampilkan penyanyi misteri bersama barisan artis jemputan tanah air sepanjang 13 minggu bersiaran.

Menurutnya, ICSYVMY 2 bakal memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang nyanyian untuk mengekspreskan bakat terpendam.

“Program sebegini dilihat memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang nyanyian tetapi tidak mempunyai pengalaman mengekspreskan impian mereka menyanyi dalam program sebegini.

“Walaupun tidak mempunyai bakat dalam nyanyian ia bukan satu penghalang kepada mereka kerana yang penting adalah keyakinan dan kemampuan diri.

“Menarik dan uniknya program ini adalah kreativiti setiap peserta yang perlu bijak untuk memperdayakan penonton dengan lakonan mereka ketika menyampaikan lagu terpilih untuk terus kekal di atas pentas ICSYVMY2,” katanya.

ICSYVMY 2 akan dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan bakal membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE.

Manakala tugas sebagai ‘penyiasat tetap’ pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama.

Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani oleh dua lagi orang penyiasat jemputan untuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Jan 2024
Featured Thu, 19 Oct 2023

Sering Kongsi Isu Palestin, Hantaran Di IG Siti Nurhaliza Sudah Mula Disekat!

Moga urusan Tokti dan saudara kita di bumi Palestin dipermudahkan❤️❤️❤️

Hiburan Wed, 3 Sep 2025
Events Wed, 25 Jun 2025

Pemenang Dua Anugerah Di 20th BOH Cameronian Arts Awards ‘Persiapan Seorang Aktor’ Kembali Dipentaskan di PJPAC Julai Ini

Pemenang dua anugerah di 20th BOH Cameronian Arts Awards bagi Kategori Best Original Skrip dan The Best Of 2024 bakal dipentaskan selaam 3 hari di PJPAC.

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Peminat Ola Bola, Ini Mungkin Berita Gembira buat Korang!

Tak sabar rasanya nak tengok Ola Bola The Musical Returns! Dengar cerita Altimet pun ada

Featured Tue, 19 Sep 2023

Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew

Moga kebenaran berpihak pada yang benar 🔥

Hiburan Mon, 4 Mar 2024
Hiburan Mon, 4 Nov 2024
Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Ibu Bapa Berpisah Sejak Darjah 3, Aufahanie Jadi Lebih Berdikari Uruskan Hidup…Kini Fokus Belajar Sambil Menyanyi

Kepada wanita di luar sana, contohilah Aufahanie…tak salah nak kejar cita-cita, tapi utamakan jugak pendidikan yer!

error: Content is protected !!