Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 13, 2025 @ 7:21pm

“Jurusan B*d*h dan Tiada Hala Tuju?” – Aaron Aziz Tempelak DMA Islam

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz menegur tindakan seorang pempengaruh dikenali sebagai DMA Islam yang didakwa memperlekehkan beberapa jurusan di institusi pengajian tinggi tempatan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 49, menyifatkan kenyataan individu berkenaan sebagai tidak wajar selepas menyebut jurusan seperti Komunikasi Media (Masscom), Teater dan Muzik sebagai ‘bodoh’ serta ‘tidak mempunyai hala tuju’.

“Nama guna DMA Islam, tapi tak habis-habis kutuk orang seolah-olah diri terpaling professor. Kalau asyik nak pandang rendah terhadap bidang seni, elok buang sahaja nama ‘Islam’ itu,” katanya.

Menurut Aaron, yang terkenal menerusi filem pecah panggung seperti KL Gangster dan Ombak Rindu, bidang seni dan komunikasi telah banyak menyumbang kepada pembangunan industri hiburan negara selain membuka pelbagai peluang pekerjaan.

“Industri Komunikasi Massa inilah yang membantu melonjakkan industri filem negara hingga mencatat kutipan berjuta-juta ringgit. Kepala bana,” luahnya dengan nada kesal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Jun 2026

“Keanggunan Seseorang Tak Terletak Pada Barangan Jenama Mewah” – Anzalna

“Barangan berjenama bukanlah pengukur keanggunan dan keperibadian seseorang” – Anzalna Nasir

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Gamit Nostalgia…Awie Serap Mood ‘Jiwang’

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman memaklumkan dia juga sudah ‘melamar’ beberapa penyanyi popular antaranya…

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

林志炫511再来马开唱!誓为歌迷送上音乐盛宴

相隔3年,林志炫再来马开唱!5月11日再次登上云星剧场献唱,让歌迷再次见证他无可比拟的醇厚现场演唱实力。

Featured Tue, 7 Mar 2023
Trending Tue, 25 Aug 2020
error: Content is protected !!