Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain August 28, 2023 @ 10:41am

Kahwin 2 Kerana Zuriat, Netizen Bandingkan Abang Tesla Dengan Izzue Islam & Beto Kusyairy

Isu perkahwinan pempengaruh, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry masih lagi hangat menjadi perbualan dalam kalangan warganet, sejak minggu lalu.

Umum mengetahui, Abang Tesla teruk dikecam oleh warganet lebih-lebih lagi kaum wanita selepas berkongsi momennya meminta restu isterinya. Nurmajdina sebelum menikahi wanita lain.

Lebih mengundang lagi, selepas teruk menerima kecaman dari pelbagai pihak pempengaruh itu mendedahkan bahawa tujuannya memadukan isterinya kerana ingin memiliki zuriat.

Bahkan, dia turut menyatakan dirinya akan berkahwin lagi sekiranya isteri keduanya tidak boleh memberinya zuriat menerusi sebuah temu bual bersama selebriti, Caprice, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Didakwa Berpoligami Sebab Zuriat, Abang Tesla Pilih Kahwin Lagi Kalau Isteri Kedua Masih Tak Boleh Bagi Anak?

Kurang senang dengan kenyataan pempengaruh tersebut, ada pihak yang tampil membandingkan tindakan Abang Tesla itu dengan dua pelakon tanah air iaitu Izzue Islam dan Beto Kusyairy.

Dalam perkongsian yang tular di TikTok itu, pemilik akaun tersebut turut memuji kesetiaan Izzue dan Beto terhadap isteri mereka biarpun menanti zuriat lebih dari 10 tahun usia perkahwinan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan memberikan pelbagai respons terhadap perkongsian tersebut.

@keknie89Ramai isteri2 dan wanita2 marah dengan statement atau punca kahwin dua… ramai isteri2 yang menanti zuriat, bertahun2, berbelas tahun.. berpuluh tahun tercalar hati dan perasaan.♬ original sound – ABG.TESLA

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Persoal Tak Hargai Isteri Pertama, Abang Tesla Dedah Punca Kahwin Dua

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Backup’ Suami Isu Poligami, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Beri Respons Padu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jul 2024
Hiburan Thu, 25 Sep 2025

Tam Suhaimi Bertegas Tak Perlu Adegan Panas Untuk Tarik Penonton

Tam Suhaimi tak setuju perlu adengan panas untuk karya laris

Featured Fri, 14 Jun 2024

Sharifah Rose Dan Aniq Durar Terjebak Cinta Dua Darjat

Korang jangan lupa saksikan okay drma terbaru ni!!

Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

《樱桃小丸子》漫画家樱桃子乳癌辞世 享年53岁

日本著名漫画家《樱桃小丸子》原作者樱桃子,于2018年8月15日晚上8时29分,因乳癌与世长辞,享年53歳,丧礼已举行完毕。

Featured Thu, 17 Aug 2023
error: Content is protected !!