Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 20, 2019 @ 10:00am

Kajian terkini dapati hubungan cinta boleh lindungi anda daripada dijangkiti demam selesema

Walaupun Hari Kekasih sudah berlalu, itu tidak bermakna anda tidak perlu lagi mencari cinta.

Ada banyak manfaat yang boleh anda dapat daripada pengalaman berkasih sayang, dan menurut kajian terbaharu, ia boleh mengelakkan diri anda daripada jatuh sakit!

Kajian berkenaan mendapati ada perkaitan antara orang yang sedang dilamun cinta dengan peningkatan aktiviti gen tertentu dalam badan, terutamanya gen yang melibatkan daya tahan antivirus.

Dalam kata lain, cinta boleh membantu anda melawan virus seperti selesema. Wah!

Foto: georgeclerk / Getty

Kajian kecil itu yang diterbitkan dalam jurnal Psychoneuroendocrinology, hanya membabitkan 47 responden wanita.

Mereka disoal selidik setiap minggu dan sampel darah mereka diambil sepanjang tempoh dua tahun, bergantung pada garis masa hubungan percintaan mereka.

Untuk menyertai kajian ini, responden wanita itu perlu menjalinkan hubungan yang baru, di mana durasinya tidak lebih daripada sebulan.

Menurut data yang diambil, wanita yang jatuh cinta sepanjang kajian itu dijalankan mengalami peningkatan aktiviti gen imuniti, manakala wanita yang tiada perhubungan cinta tidak mengalami sebarang perubahan.

Ketua penulis kajian, Damian Murray, berkata keadaan itu mungkin mencerminkan respons proaktif wanita itu terhadap hubungan intim yang dijangka akan berlaku bersama-sama pasangannya.

“Bagaimanapun, peningkatan aktiviti gen antivirus ini juga konsisten dengan persediaan biologi badan wanita itu untuk melalui kehamilan.

“Menurut sampel yang hanya melibatkan responden wanita ini, kedua-dua intepretasi ini ada kemungkinannya,” katanya.

Foto: The Shonet

Sementara itu, kesunyian boleh meninggalkan impak negatif kepada kesihatan mental dan fizikal, misalnya ia boleh menyebabkan inflamasi, peningkatan risiko sakit jantung dan kemurungan.

“Inflamasi yang kronik memang tidak bagus untuk kesihatan, dan kesunyian adalah satu daripada faktor terbesar bagi kematian,” kata Damian lagi.

Beliau dan seorang lagi penulis kajian ini, Martie Haselton, tertanya-tanya jika ada aspek lain bagi “kesunyian”, tetapi mereka telah menjumpai faktor cinta.

“Kami ingin menyelidik sama ada cinta dalam sesuatu hubungan romantik yang baru ada kaitannya dengan tahap kesihatan serta profil epigenetik imunisasi yang baik,” katanya.

Foto: Apakes

Damian berkata, bagi kajian akan datang, matlamat mereka ialah untuk melihat kesan jangka panjang perasaan cinta terhadap kesihatan.

Mereka akan mengkaji bukan sahaja pasangan yang masih asyik bercinta, tetapi juga mereka yang sudah lama menjalinkan hubungan cinta bersama-sama.

Pengkaji juga ingin melihat kesannya terhadap kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, supaya mereka boleh mengkaji perubahan dari segi psikologi sepanjang hubungan percintaan mereka berlangsung.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

Bila Anda Minum Lychee Smoothie Ini Gerenti Sedap! Jom Cuba Buat

Kalau anda nak tahu, laici adalah antara buah-buahan yang banyak manfaatkan antaranya boleh mencegah kanser, melindungi jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan pencernaan dan mencegah anemia.

Gaya Hidup Thu, 7 Feb 2019

Suka menunjuk-nunjuk dan tayang kemewahan cara orang kaya baru nak naik! 

Golongan hartawan sekarang lebih mementingkan pendidikan dan kesihatan. 

Gaya Hidup Fri, 6 Jul 2018

Nak Pindah Rumah? Ikuti 7 Tip Ini Yang Boleh Menyenangkan Kerja Anda

Tak semestinya anda perlu bungkus semua barang ke dalam kotak.

Gaya Hidup Wed, 11 Jul 2018

Bekas Gula Penuh Semut? Ini Cara Paling Mudah Untuk Halau Semut

Guna bawang putih sahaja, memang berkesan! Kalau tak percaya, sila cuba.

Gaya Hidup Thu, 15 Nov 2018

Ini Cara Nak Elak Dapur Gas Kaca Daripada Meletup

Dapur gas kaca yang meletup boleh cederakan anda!

Gaya Hidup Fri, 22 Mar 2019
Featured Fri, 19 Jul 2019
Gaya Hidup Tue, 24 Dec 2019
Gaya Hidup Wed, 10 Jan 2018

Rahsia Power Nap

Setiap kali berasa letih atau mengantuk pada waktu tengah hari, pasti ramai yang memilih untuk bergantung pada kafein bagi mengatasi masalah tersebut. Namun, tahukah anda tidur sekejap atau power nap merupakan cara paling berkesan untuk […]

error: Content is protected !!