Euforia Bola 2026
Filem By: Padin June 5, 2026 @ 5:03pm

Kak Mar Menghantui Semua! Filem Polong Cecah RM10 Juta, Bukti Naskhah Seram Tempatan Masih Jadi Pilihan Penonton

Filem seram tempatan Polong terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM10 juta di pawagam seluruh negara, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling mendapat perhatian tahun ini.

Pencapaian tersebut hadir tidak lama selepas filem arahan Zulkarnain Azhar itu mencatat kutipan RM5.5 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan, sekali gus membuktikan momentum sokongan penonton terhadap naskhah berkenaan masih berada pada tahap memberangsangkan.

Sejak ditayangkan, Polong bukan sahaja berjaya menarik peminat filem seram ke pawagam, malah turut menjadi antara topik hangat di media sosial apabila ramai penonton berkongsi pengalaman mereka selepas menonton filem tersebut.

Rata-rata mengakui terkesan dengan suasana seram yang dibina sepanjang penceritaan selain jalan cerita yang sarat dengan misteri dan elemen kejutan.

Mengangkat kisah mengenai legasi ilmu hitam, dosa lampau dan sumpahan yang diwarisi merentasi generasi, Polong tampil dengan identiti tersendiri menerusi gabungan elemen seram tradisional tempatan bersama sentuhan psikologi yang memberi kesan mendalam kepada penonton.

Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. dengan sokongan pengedaran 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios dan Astro Shaw, filem ini dibarisi pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa dan Amir Nafis.

Selain jalan cerita yang mencuri perhatian, aspek lakonan, sinematografi dan reka bentuk bunyi turut menerima pujian daripada penonton yang menyifatkan Polong sebagai antara filem seram tempatan yang berjaya memberikan pengalaman menonton yang mengesankan.

Kejayaan kutipan RM10 juta ini sekali lagi membuktikan filem seram tempatan masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan penonton Malaysia apabila dipersembahkan dengan kualiti produksi yang baik serta penceritaan yang dekat dengan budaya dan kepercayaan masyarakat tempatan.

Dengan sambutan yang masih positif dan jumlah penonton yang terus meningkat, Polong dilihat berpotensi untuk menambah lagi kutipan semasa tayangannya di pawagam.

Pihak produksi turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan terhadap filem tersebut sejak hari pertama tayangan.

Jika anda masih belum menontonnya, mungkin inilah masa untuk mengetahui sendiri mengapa ramai yang masih bercakap tentang Polong.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sun, 25 Feb 2024
Drama Mon, 18 Aug 2025

Norish Karman Lebih Berdikari, Tak Kisah Berhabis Ribuan Ringgit Demi Watak

Kata Norish, sikap itu adalah hasil pengalaman lampau sebagai anak seni.

Hiburan Mon, 19 Feb 2018

DID BTS’ SUGA REALLY ADMIT TO BEING GAY?!

A recent interview with BTS has allowed fans to understand each member better, especially Suga.

Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Warganet Dakwa Daiyan Trisha Promote Jenama Sokong Isra*l… Peminat Luah Rasa Kecewa

bersangka baik jelaa, mungkin tu job dia yang perlu diselesaikan….

Trending Mon, 22 Jul 2019

Neelofa Launches UK-Based Premium Merchandise with ‘LofaBrand’

Neelofa sets to conquer UK with ‘LofaBrand’, a collaboration with Coolulu.

Hiburan Fri, 11 Jul 2025

“Kalau Leona Pakai Tudung Esok, Dia Terus Dapat Pahala” – Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman tak setuju konsep ‘tak apa, nanti dulu’.

error: Content is protected !!