Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 23, 2025 @ 2:04pm

“Kalau Rasa Tak Mampu Bayar, Jangan Pakai Muka Artis.. Pakai Muka Kau Je”- Wafariena Bagi ‘Warning’ Pemilik Klinik Bakal Berdepan Tindakan Saman

Pelakon Wafariena berang selepas pihak yang kononnya bertanggungjawab menggunakan imejnya di papan-papan iklan enggan bertanggungjawab dan melunaskan bayaran tertunggak melibatkan sejumlah wang besar.

Kata Wafa, dia bertindak membuat laporan polis selepas pihak tersebut gagal berbincang dan membuat bayaran terhadapnya apatah lagi dia juga sudah di sekat menerusi aplikasi WhatsApp dan Instagram.

“Sebenarnya kepada pihak yang bertanggungjawab yang mana masih menggunakan imej saya di mana-mana papan iklan (billboard) sampai sekarang tak bayar duit saya.

“Report itu dibuat untuk tuntut bayaran saya. Sebenarnya dekat discontinuetion kontrak pun ada tulis wafa tak boleh pakai apa-apa yang ebrkaitan. Tapi msalahnya, mereka yang masih pakai imej saya. Macam mana cerita tu?

“Sebenarnya sudah dua bulan pengurus saya bertoleransi dengan pihak terbabit dan selepas dua bulan macam dah lama sangat, so saya sendiri yang contact dia. Tapi selepas 24 jam masih tak ada apa-apa saya pun terus dengan report polis.

“Dan bila saya buat macam tu, dia block WhatsApp dan Instagram saya. Kenapa? Nak lari ke? Orang yang ada knowledge hebat tapi perangai macam budak-budak nak blocked orang. Tak profesional langsung.

“Mestilah saya akan bawa perkara ni kepada pihak berkuasa. Lagipun, jumlah dia besar. Kalau sedikit saya halalkan sahaja. Habis-habis pun saman je,” katanya semasa ditemu bual oleh program Melodi.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada penampilannya yang dianggap sebagai polos menjadi punca kenapa dia diperkotak-katikkan, pelakon drama ‘Wanita Milik Kaiden’ itu menegaskan, itu bukanlah punca.

Sekaligus, menitipkan pesanan buat pihak yang disifatkannya sebagai tidak profesional itu.

“Sebelum nak pijak tengok ketinggian dulu. Ni awak dah cabar saya ni.

“Betul ada orang yang memasang tracker di kereta saya. Cuma saya tak tahu mungkin dia secret admire kot. Benda ni report polis pun dah ada jadi tunggu sahaja.

“Kepada owner klinik, aku dah cakap kan? Aku akan ambil tindakan. Masalahnya, selagi muka aku terpampang dekat billboard sebesar-besar alam tu, selagi itulah kau kena bayar. Bukan satu tapi dua billboard dekat situ.

“Zaman sekarang tak ada yang free brother. Tolong jangan nak putar belit banyak sangat. Aku takut satu hari nanti kau yang akan kena belit.

“Dan, lagi satu kalau rasa tak mampu nak bayar, jangan pakai muka artis… pakai muka kau je,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 2 May 2019
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

恭喜!玛格罗比怀孕了

玛格罗比(Margot Robbie)在《Suicide Squad》中饰演「小丑女」爆红,随即在2016年底宣布和汤姆艾克力(Tom Ackerley)结婚,原本以为她可能打算就此隐归家庭生活,但她不想错失多个争相邀约演出的好机会,因此生育计画也因此延后,为了未来宝宝也特地冻卵,没想到就在20日时爆出她已经怀孕3个月了!

Trending Thu, 14 Sep 2023
Trending Fri, 15 Dec 2017

Ular Yang Di Sangka Jinak Tetapi..

Remaja berasal Bojongsoan, Indonesia meninggal dunia selepas dipatuk ular kesayangannya…aduhai.

Trending Thu, 12 Aug 2021

“Kenang Kebaikan Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Obses” – Fynn Jamal Tampil Menegur Tindakan Segelintir Netizen

Ingat, semua perkara pun tidak boleh berlebih-lebihan cukup sekadar berpada-pada sahaja

Hiburan Thu, 22 Feb 2018

NORA DANISH DAPAT BABY BOY LAGI

Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini.

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Here’s a Full List of Every Dating Scandal G-Dragon Has Ever Had

There are quite a few ladies on this list.

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Bridal Shower Nelydia Senrose Meriah

Cantiknyaaaa lahaiiii Nelydia nih!

Hiburan Wed, 2 Aug 2023
error: Content is protected !!