Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain September 1, 2023 @ 5:20pm

Kamal Adli Beri Ulasan ‘Makan Dalam’ Tentang Abang Tesla – “Cukuplah Satu Ini Untuk Dihargai, Dicintai, Disayangi…”

Pelakon Kamal Adli tampil memberikan ulasan tentang isu ‘Abang Tesla’ yang masih lagi menjadi bualan ramai dalam kalangan warganet.

Terdahulu, tular di TikTok seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Tesla berbahas tentang tindakannya berpoligami sekali gus mengundang kemarahan beberapa pihak.

Terpanggil untuk mengulas isu tersebut, Kamal yang juga suami kepada aktres, Uqasha Senrose tampil berkongsi buah pandangannya selepas disoal peminat ketika Live di TikTok.

Menerusi video yang tular itu, Kamal menyatakan dirinya akan tetap setia bersama isterinya, Uqasha yang sudah cukup membahagiakannya.

“First, saya kereta Tesla tak ada. Jadi saya tak boleh nak jadilah Abang Tesla tu. Saya boleh jadi Abang Kancil, sebab saya ada kereta Kancil, Rusa semua kereta yang bunyi binatang kami ada.

“Kedua, cukuplah satu. Kenapa nak pasang dua, tiga dan empat? Kalau satu ni pun dah membahagiakan, tak perlu lagi kita tambah lain.

“Cukuplah satu ini untuk dihargai, dicintai, disayangi, digaduhi, dimanjani. Cukuplah satu nak berlawan pantun kat seorang sahaja. Tak payah ada dua atau tiga, Insya-Allah,” katanya.

Tidak mengambil tahu tentang isu tersebut, Kamal bagaimanapun sempat memberikan teguran makan dalam kepada warganet agar berhenti membahaskan isu itu lagi.

“Sejujurnya saya tak tahu langsung pasal Abang Tesla ni. Sampai hari ni saya tak tahu apa. Muka dia semua saya tak tahu.

“Macam ni lah, kepada Abang Tesla ke, Abang Testis ke, abang apa pun, itu hal mereka lah kita tak nak campurlah. Kita pun ada rumah tangga kita sendiri.

“Dia yang nak cari ‘fame’ tu, nak suruh awak semua komen sebab dia post benda tu. Biarlah lantak pi lah na,” jelasnya.

@murahrezekiqayla Kamal Adli & Uqasha “saya takde tesla, ada kancil, rusa je” #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fypdongggggggg #kamaladli #kamaladli❤️uqashasenrose #kamaladliuqashasenrose #uqashasenrose #uqashasenrose92 ♬ original sound – fashasandha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 15 Jan 2018

KPOP TAKES OVER MALAYSIA IN RECENT K-WAVE 2 MUSIC FESTIVAL

K-Wave 2 Music Festival officially ended on January 13th, for fans who had missed it, fear not as this article will highlight all the information about the epic concert.

Hiburan Mon, 13 May 2019

Percutian Mewah Zahiril Adzim Dan Shera Aiyob Di Perth, Australia Confirm Buat Korang Jealous!

Wah! bestnya tengok Zahiril Adzim sekeluarga bercuti di Perth, Australia

Hiburan Wed, 9 Apr 2025
Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Featured Wed, 1 Oct 2025

“Saya Masih Istiqamah Jaga Solat Hingga Hari Ini”- Angeline Tan Mahu Dalami Ilmu Agama

Antara perkara yang paling penting yang menjadi keutamaannya adala  sentiasa menjaga ibadah solat fardu lima waktu.

error: Content is protected !!