Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 9, 2022 @ 12:34pm

“Kami Dikecam ‘Berkiblatkan’ BTS, Perosak Industri”- Da Unknown Akui Terasa, Tapi….

Kumpulan Da Unknown mengakui terasa hati apabila dikecam dengan pelbagai tohmahan semenjak menceburkan diri dalam bidang muzik.

Terkenal dengan lagu Jangan Marah (Baby Sayang), kumpulan yang dianggotai oleh Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 20, Adam Hafidh (MaryHaf), 20, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 19, Ameer Nor Azam (Ameer), 19, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 18, ini tidak memberikan sebarang respons terhadap kejian netizen.

“Ada orang cakap kami kumpulan baru akil baligh. Paling teruk, ada yang cakap kami perosak industri dan ‘berkiblatkan’ BTS memandangkan kami menampilkan lima jejaka sebagai ahli kumpulan.

“Kami akui kami terasa, siapa tak terasa kan bila dikritik sebegitu? Kami dah berusaha dan keluarkan lagu-lagu yang terbaik, tetapi orang beri kritikan yang menjatuhkan, ibarat usaha kami sia-sia.

“Mengenai BTS, kami tak tiru langsung pun. Kami mempunyai identiti sendiri. Semua kritikan netizen tidak kami jawab, kami hanya membiarkan sahaja.

“Kami akan cuba memperbaiki diri kami dan memberi kualiti kerja yang lebih baik di masa akan datang,” kata Momo mewakili kumpulan ini.

Dalam pada itu, Da Unknown yang bernaung di bawah Ace Talents ini turut mengakui lagu Jangan Marah (Baby Sayang) lebih dikenali berbanding diri mereka.

“Lagu terbabit viral di TikTok dan digunakan oleh ramai netizen. Alhamdulillah, kami anggap itu satu permulaan yang baik biarpun orang tidak mengenali kami lagi.

“Kami jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha kuat. Kini kami tampil dengan lagu Tersakiti dan mendapat respons baik.

“Kami juga menghadiri pelbagai kelas seperti kelas tarian, kelas vokal dan belajar cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang ramai untuk memantapkan lagi kumpulan kami,” kata Zaq pula.

Da Unknown ditemui di majlis berbuka puasa Ace Talents bersama anak-anak yatim dan perlancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Ampang pada Jumaat.

Selain Da Unknown, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Ruffedge, Chubb- E, Unknown, Moleque dan Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents.

Yakin lagu OoTD Raya bakal mendapat tempat, single nyanyian Moleque, Da Unknown, Zarol Zarif, Aliff idham dan Al Farabi ini mempunyai keunikan tersendiri.

Lagu OoTD Raya merupakan ciptaan Cat Farish bersama barisan pengarah Ace Talents ini adalah bukti kemampuan mereka dalam memberikan produk seni yang berkualiti.

“Memang setiap tahun akan ada lagu raya baharu yang dikeluarkan ramai penyanyi. Cumanya kami tidak melihat lagu OoTD Raya ini sebagai saingan mana-mana lagu raya lain.

“Di Ace Talents kami sentiasa mahu wujudkan kelainan. Menerapkan konsep yang sama untuk lagu ini menjadi harapan kami agar lagu ‘OoTD Raya’ ini mendapat tempat di hati pendengar,” jelas Azuein.

Muzik video OoTD Raya dicipta Cat Farish bersama barisan pengarah Ace Talents ini akan dilancarkan pada 11 April jam 8 malam di saluran YouTube Ace Talents.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Here’s the Full List of Winners at the 2018 Melon Music Awards

There are over 30 awards given out that night!

Events Mon, 15 Jan 2018

DO YOU HAVE DARK HUMOUR? JOIN COMEDY AFTER DARK FOR SOME GRIM LAUGHS

Dark humour is quite the niche interest, especially in a more conservative community like ours. However, there is still a large fan-base for dark comedy. If that’s your cup of tea, you absolutely have to go for this event!

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

5 Kesan Negatif Sekiranya Anda Membeli Telefon “Clone”

Hampir semua telefon pintar diklonkan. Sekali pandang, telefon tiruan ini tiada bezanya berbanding dengan yang asli. Harganya juga jauh lebih murah.

Featured Fri, 31 Mar 2023

Bawa Watak Penyondol? Puteri Sarah Harap Karakter Tak Terbawa Ke Kehidupan Sebenar – “Ni Memang Tahap Psiko!”

Uishh! Tak sabar nak tengok Sarah bawa watak penyondol. Mesti dia bagi all out punya🤚

Hiburan Mon, 24 Nov 2025

“Saya Rapat Dengan Thalita Sebagai Kawan Saja” – Amad Dayyan

Hubungan Amad Dayyan dan Talita tak lebih sebagai kawan

Featured Tue, 25 Jul 2023

Aina Abdul Perjelas Spekulasi Kos Busana ABPBH 35 Didakwa Bernilai RM50,000

Kos anggaran sekadar puluhan ribu sahaja 😲😲😲

Trending Wed, 1 Jul 2020
FESYEN Wed, 11 Sep 2019
error: Content is protected !!