Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 31, 2019 @ 10:24pm

“Kau Nak Jual Kereta Atau Jadi Orang Tengah?” – Baby Shima Marah Siapa?

Marah betul penyanyi Baby Shima apabila keinginannya untuk membeli kereta baharu telah bertukar menjadi insiden yang kurang menyenangkan.

Penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini mendedahkan bahawa beberapa hari lepas dia telah ke satu showroom untuk melihat kereta yang ingin dibeli dan telah menyerahkan segala dokumen berkaitan bagi pembelian kereta tersebut. 

Kemudian, jurujual showroom tersebut telah menghubunginya untuk menawarkan posisi duta kereta kepada Baby Shima lalu satu perbincangan telah diadakan di antara penyanyi tersebut, pengurusnya dan jurujual itu di restoran A&W.

 
 
 
View this post on Instagram

Nak berniaga buat cara berniaga ! ..Saya tak nak buruk sangka ! Korang fikirlah sendiri ya.. Nak di jadikan cerita ,kemarin shima datang showroom kereta..tengoklah kereta..kemudian dokumen dah bagi semua,,so hari ni sales person call nak ajak jumpa konon nak offer jadi duta! so kita pun jumpalah lepas promo! masa meeting kat A&W discus cantik je !! lalu masa manager shima pergi toilet ,tinggallah shima berdua sahaja, boleh pula wakil syarikat ni cakap, minta shima datang seorang diri saja, nak deal dengan shima je konon sama dato.. padahal waktu mula2 meting sama manager cakap lain..now cakap lain pula! nak jumpa personal! direct shima sahaja.. korang rasa apa? (depan manager shima tak pula berani nk cakap mcm tu ajak jumpa personal) maaf sy bukan perempuan murahan ya..itu bukan cara kerja sebenarnya! mana profesionallisma korang? mcm ni ke cara kerja company besar? Banyak lagi Audi R8 dan mustang kat Kl ni! dari minat nak beli jadi menyampah!! Kau nak jual kereta atau nak jadi orang tengah! #babyshima #byma #adanampakmummyhappy #lembutbukansenangkenapijak

A post shared by BABY SHIMA DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on

 

Namun lain pula yang jadi, apabila jurujual itu berkelakuan seperti ‘orang tengah’ dan sebenarnya ada agenda tersembunyi. 

“Nak berniaga buat cara berniaga! Saya tak nak buruk sangka! Korang fikirlah sendiri ya..Nak dijadikan cerita, kelmarin Shima datang showroom kereta…Tengoklah kereta… Kemudian dokumen dah bagi semua, jadi hari ni jurujual telefon nak ajak jumpa konon nak tawar jadi duta, jadi kita pun jumpalah lepas promo.

“Masa meeting kat A&W diskus cantik je! lalu masa pengurus  Shima pergi tandas, tinggallah Shima berdua sahaja, boleh pula wakil syarikat ni cakap, minta Shima datang seorang diri saja, nak deal dengan Shima je konon sama Dato..padahal waktu mula-mula jumpa dengan pengurus cakap lain..sekarang lain pula!” tulis Shima.

Shima merasakan ada sesuatu tak kena apabila jurujual hanya berani menyuarakan cadangan itu apabila pengurus Shima tidak berada dengannya. Menegaskan bahawa dia bukan perempuan murahan, Shima tidak lagi berkeinginan untuk membeli kereta tersebut dari showroom berkenaan. 

“Maaf saya bukan perempuan murahan ya..Itu bukan cara kerja sebenarnya! Mana professionalism korang? Macam ni ke cara kerja syarikat besar?

“Banyak lagi Audi R8 dan Mustang kat KL ni! Dari minat nak beli jadi menyampah! Kau nak jual kereta atau jadi orang tengah!” tegas Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli. 

 

Sumber foto: Instagram @babyshimaofficial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Events Sat, 14 May 2022
Hiburan Tue, 17 Apr 2018

BTS Will Finally Make Their Comeback on April 18th!

They’re also releasing another album. ARMYs are going crazy!

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

Syukur! Azharina Keluar Hospital Selepas Empat Hari Di Wad

Semoga cepat sembuh Nina! Tak sabar nak tengok Nina di Konsert Azharina Queen Of Soul.

Featured Wed, 22 Dec 2021

Sarat Hamil 7 Bulan Tak Halang Ernie Zakri Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Walaupun penyanyi Ernie Zakri kini sedang sarat hamil tujuh bulan, ia tidak menghalangnya untuk turun padang untuk membantu masyarakat yang dilanda banjir. Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, memuat naik satu hantaran […]

error: Content is protected !!