Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom December 26, 2018 @ 3:00pm

Kecantikan Memukau Anzalna Kini Boleh Dipraktikkan!

Wanita cantik ini sering menjadi tumpuan setiap kali dia melintas di tengah khalayak ramai. Rambut lebat panjang mengurai memukau pandangan mata. Kulit mulusnya membuahkan rasa cemburu di hati. Lembut tingkahnya cukup sempurna buat insan bernama Anzalna Nasir.

Siapa tidak kenal pelakon Anzalna yang tidak lokek dengan senyuman. Setiap kali bersua pasti dilemparkan senyuman ramah dengan teguran mesra. Malah kehidupan bersama suami dan keluarga dikongsi menerusi Instagram. Mereka adik-beradik sangat lucu dan bahagia sekali.

Menjadi tumpuan orang ramai membuatkan Anzalna mengambil berat mengenai rutin penjagaan kecantikannya. Apabila ditanya peminatnya, soalan paling kerap diujakan—Apa rahsia kecantikan Anzalna? So now, jom kita singkap apakah rutin kecantikan Anzalna daripada pagi sampai malam.

Foto: Ayue Idris

1. Rutin pagi

Menurut Anzalna, kulit wajah yang sensitif memerlukan penjagaan rapi. Bukan mudah mencari produk serasi. “Akibat kulit sangat sensitif, saya cuma memakai pencuci tanpa buih. No toner! Hanya moisturizer,” ujarnya berkongsi rutin pagi setiap hari.

Bagi penampilan sehari-hari, Anzalna senang dengan solekan semula jadi sebelum keluar rumah. “No false eyelashes or eye liner!” Melainkan solekan untuk sesi fotografi atau ketika menghadiri acara tertentu terutama jemputan klien. Barulah tampak kelainan penampilan Anzalna daripada hujung rambut ke hujung kaki.

Rambutnya yang panjang mengurai dan lebat memang jadi perhatian. Ujar Anzalna, rutin penjagaannya mudah sahaja. Kebiasaan setiap pagi, Anzalna mengoles Anzel Hair iaitu produk yang diasaskannya sendiri. “Selepas memakai Anzel Hair barulah saya melumur rambut dengan minyak serum rambut.”

 

Foto: Instagram Anzalna Nasir

2. Rutin malam

Sering memenuhi undangan makan malam atau acara perasmian klien, Anzalna lebih senang tampil dengan solekan glam. Menyarung busana mewah, dia mahu penampilan disenangi semua orang.

Pulang daripada acara semestinya penting bagi Anzalna untuk membersihkan wajah. Kalau boleh tidak mahu sebarang solekan yang tinggal. “Saya menggunakan penanggal solekan L’Oreal, mencuci wajah seperti biasa dan kemudian barulah saya memakai pupur wajah atau mask.”

Sebelum tidur dia memastikan untuk memakai produk kecantikan terlebih dahulu. Semestinya jenama pilihan Anzalna seperti Dior, YSL, By Terry, Caudalie, Avene dan L’Oreal.

Sumber: GLAM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Nov 2018
Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018
Featured Tue, 14 Apr 2020
Oh Lawa Wed, 14 Mar 2018

Lihat Transformasi Dilakukan Jurusolek Ini Kepada Pesakit Kanser & Wanita Wajah Berparut

Untuk makeover istimewa ini, dia mencari pesakit-pesakit kanser atau wanita yang mengalami masalah kulit.

Oh Lawa Wed, 28 Nov 2018
Oh Lawa Tue, 30 Jan 2018

7 Cara Jaga Beg Tangan Dengan Betul

Aneka jenama beg tangan label tempatan sehingga antarabangsa, berharga puluhan ringgit sehingga puluhan ribu, wanita tidak dapat lari dari obsesi kepada aksesori terpenting ini.

Oh Lawa Tue, 26 Feb 2019

Evolusi gaya rambut dan solekan Lady Gaga dari dulu hingga sekarang

Beliau bukan saja berani, tetapi bijak mencuba gaya yang luar biasa.

Oh Lawa Mon, 3 Sep 2018

Kulit Sihat Tanpa Terjejas Dan Kekal Cantik Tatkala Melancong

Tip kembara cantik yang boleh diamalkan tika bertandang di negara orang.

Oh Lawa Thu, 11 Apr 2019

Adakah anda membersih wajah dengan betul? Ini kaedah yang disarankan pakar

Tak perlu rawatan wajah mahal bagi mendapatkan kulit cantik.

Featured Fri, 4 Jan 2019

Tanda-Tanda Penggunaan Skrub Muka Berlebihan Yang Perlu Anda Ketahui

Menggunakan skrub merupakan rutin penjagaan muka yang berkesan untuk memastikan liang roma bersih daripada sel-sel kulit mati dan membantu kulit anda diganti dengan sel sihat. Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin boleh menggunakan skrub muka […]

error: Content is protected !!