Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 10, 2018 @ 12:09pm

Kecil-kecil Cili Padi. Halba Bagus Untuk Kesihatan Badan

Halba atau nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum merupakan rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan harian kita. Selain asam pedas, kari, nasi dagang dan banyak lagi menu, halba juga bermanfaat untuk kesihatan badan.

Foto: Fenugreek Tea

Bukan sahaja menjadi amalan kuno tabib China, malah halba juga merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Jom semak antara khasiat halba yang anda perlu tahu.

Foto: BBC Good Food

  1. Memperbanyakkan susu ibu
  2. Mengatasi masalah anemia
  3. Melancarkan haid dan mengurangkan masalah senggugut
  4. Menguatkan jantung
  5. Melegakan sakit kepala dan migrain
  6. Membuang angin serta menghilangkan kembung, sebu dan senak perut
  7. Mengawal kencing manis
  8. Merawat radang kulit dan bisul
  9. Merawat masalah buasir
  10. Menguatkan stamina badan
  11. Mengurangkan berat badan dan mengawal masalah kegemukan
  12. Menghilangkan lendir tekak
  13. Menstabilkan gula dalam darah dan masalah diabetis

Foto: Media Maklumat

Caranya, anda boleh minum seperti teh. Goreng halba tanpa minyak (jangan sampai hangus) dan masukkan dalam bekas. Rendam dalam air panas dan minum apabila suam.

Tips: Anda juga boleh mencampurkan air halba ini dengan madu asli untuk khasiat berganda.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Jul 2022
Featured Thu, 16 Mar 2023
error: Content is protected !!