Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal March 31, 2018 @ 12:04pm

Kegiatan Hasil Ubat Haram Dan Tiruan Dekat Kandang Babi

Sebuah kilang haram terletak di Pulau Pinang berjaya digeledah pihak berkuasa kerana sengaja menyembunyikan kegiatan menghasilkan ubat-ubatan haram, tiruan dan berbahaya bersebelahan lokasi kandang babi.

Bau busuk yang datang daripada 1,000 ekor babi yang diternak menyebabkan kilang yang berada berhampiran Kampung Selamat, Tasek Gelugor itu tidak dapat dihidu pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, kegiatan itu berjaya dibongkar apabila sepasukan 80 pegawai Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Cawangan Penguatkuasa Farmasi ( CPF) Pulau PInang diketuai Timbalan Pengarah Cawangan Perisikan Operasi BPF KKM, Adnan Salimin menyerbu kilang itu kira-kira jam 2 petang semalam. Serbuan turut dibantu pihak polis.

Difahamkan kegiatan sindiket yang menghasilkan ubat-ubatan haram dan tidak berdaftar di lokasi itu dikesan susulan risikan berterusan dilakukan pihak BPF sejak lebih setahun lalu.  Menurut jurucakap BPF, kilang itu terletak lima meter dari kandang babi serta dua kolam kumbahan najis yang menjadikan kawasan tersebut diselubungi bau yang luar biasa busuk.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Feb 2021

Datuk Nicol Ann David Raih Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Tahniah Datuk Nicol Ann David. Proud to be Malaysian!

Trending Tue, 5 Jun 2018

Gadis Melayu Berhijab Ke Pentas Miss Universe?

Beliau berjaya disenarai pendek antara 20 peserta pertandingan Miss Universe New Zealand .

Trending Fri, 5 Apr 2024

[VIDEO] Filem Pendek Raya ‘Keberkatan Lebaran’ Zahir Rasa Syukur Di Atas Nikmat Kurniaan-Nya!

Nikmat dan kegembiraan yang kita rasa tidak akan lengkap tanpa kesyukuran. Apabila kita bersyukur akan datang kebahagiaan dan keberkatan dalam menjalani kehidupan. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2024 (1445 hijrah), PERODUA dengan bangganya mempersembahkan […]

Trending Wed, 25 Jul 2018

Tuduhan Gugur, Ratu Naga Kini Bebas!

Ratu Naga dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menghantar komen yang menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial, Facebook, tiga tahun lalu.

Featured Fri, 5 Aug 2022

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Tidak Dapat Kerakyatan Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Isu ini dah lama berlarutan, akhirnya mahkamah putuskan untuk tidak beri kerakyatan pada anak lahir di luar negara. Korang rasa wajar atau tak?

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Konsert ‘Slam X Exists-Our Journey’: Sebuah Kembara Nostalgia Di Mega Star Arena 26 Julai 2025 Ini!

Konsert ini bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga menceritakan perjalanan Slam dan Exists

Featured Wed, 1 Feb 2023
error: Content is protected !!