Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 26, 2025 @ 10:04pm

Keith Foo Syukur Jumpa Calon Sesuai, Riena Diana Dapat Restu Anak

Pelakon, Keith Foo melahirkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan calon pasangan yang dianggap paling sesuai, iaitu pelakon popular Riena Diana.

Apa yang membuatkan Keith lebih bahagia, Riena bukan sahaja berjaya menawan hatinya, malah turut menyayangi anak perempuannya, Skylar Raymond Foo, dengan sepenuh hati.

Ketika ditemui media, aktor berusia 41 tahun itu mengakui rasa gembira melihat hubungan mesra antara Riena dan Skylar yang terjalin secara semula jadi, tanpa sebarang paksaan.

“Saya dah jumpa calon terbaik. Sudah tentu 100 peratus saya gembira dengan hubungan Riena dan Sky. Semuanya berlaku secara semula jadi, tidak dibuat-buat. Mereka memang cepat rapat.

“Kadang-kadang bila Sky datang rumah, dia akan cari Aunty Riena. Mereka suka bermain bersama, contohnya main mekap dan macam-macam lagi,” katanya.

Ditanya mengenai kriteria atau syarat utama dalam mencari pasangan hidup, Keith berkata dia tidak pernah memaksa sesiapa menerima anaknya sebaliknya mahu hubungan itu terjalan seadanya.

“Kalau benda tu dipaksa, ia takkan menjadi. Sky pun tak pernah tanya saya soal kahwin. Yang penting, kami bahagia bila bersama dan itu sudah cukup buat saya gembira,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Riena juga pernah berkongsi rasa syukur kerana diterima baik oleh Skylar, sekali gus menguatkan lagi hubungan mereka.

Keith berkata demikian ketika sesi fotografi untuk drama Tonton Original Series: Toksik Cinta yang bakal menemui penonton pada Disember ini.

Dalam perkembangan lain, Keith dan Riena kembali mencuri perhatian apabila digandingkan bersama dalam drama tersebut yang turut menampilkan pelakon hebat seperti Aqasha, Cristina Suzanne dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 29 Nov 2023

Yasin Sulaiman Dibebas & Dilepas Daripada 3 Pertuduhan Dadah, Mahkamah Perintah Dimasukkan Ke Hospital Bahagia

Hakim telah memerintahkan Yasin untuk ditempatkan di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Selangor.

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

S.H.E合体哭了! 911音乐会「多说话or唱歌」这样决定

天团SHE成军17周年,不只将在9月11日举办万人「十七音乐会」,也特地邀请吴青峰为她们三人量身创作全新单曲《十七》!

Selebriti Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Hak Milik Pasaraya Jadi Persoalan, Rosyam Nor Buat Sidang Media Hari Ini

Sama-sama kita nantikan penjelasan usahawan berusia 52 tahun ini…

Hiburan Tue, 6 Jun 2023

Rugi Tanggung Sendiri, Usahawan Selebriti Terkenal Didakwa Aniaya Reseller?

Alamak betul ke ni? Tak baik buat macam tu, sama-sama nak cari rezeki…

error: Content is protected !!