Euforia Bola 2026
TECH By: Rosli Ab Rahman October 23, 2018 @ 12:09pm

Kelebihan Menggunakan Pemasaran Melalui Internet

 

Pemasaran produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi semua jenis perniagaan. Pemasaran bererti memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanpa sistem pemasaran yang sistematik, produk yang baik tidak dapat dipasarkan dengan meluas dan merugikan pihak yang menghasilkan produk tersebut. Sebelum kaedah pemasaran melalui internet meningkat secara drastik, perniagaan konversional lebih menumpukan cara pemasarannya melalui khidmat jurujual ataupun pegawai pemasaran yang dilantik untuk memasarkan produk mereka. Bagi firma perniagaan yang lebih besar, kaedah pemasaran seperti pengiklanan melalui media2 massa seperti akhbar, majalah mahupun pengiklanan melalui televisyen. Kesemua ini memakan kos yang tinggi dan mempunyai kos penyelenggaraan yang sentiasa berulang.

Dengan perkembangan dunia teknologi maklumat ataupun dikenali juga sebagai ICT, cara pemasaran telah pun berubah di mana firma perniagaan telah berpeluang memasarkan produk mereka melalui laman web yang dibangunkan oleh pembangun sistem. Masyarakat terutamanya di Malaysia hari ini sudah mula mengakui keberkesanan penggunaan internet bagi medium pemasaran yang baru. Kini, banyak syarikat tempatan mula mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di internet. Malah pada hari ini juga kita dapat lihat di mana orang perseorangan juga dapat memasarkan produk mereka melalui internet. Samada kita menyedari atau tidak, internet sebenarnya merupakan industri yang paling pantas berkembang masa kini.

Ramai yang tidak menyedari bahawa internet di jadikan medium baru perniagaan bagi para usahawan di luar sana. Di antara kelebihan2 memasarkan produk dan perkhidmatan melalui internet adalah seperti:

  • Melibatkan kos yang begitu minimum dan jauh lebih murah seperti kos yang melibatkan promosi dan pengiklanan. Pemasaran internet melalui kemudahan online seperti ezine dan e-classified dapat digunakan secara meluas di internet.
  • Perniagaan boleh di buka selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun dan juga boleh dilakukan secara automatik (autopilot) bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.
  • Mampu menarik pelanggan dari seluruh dunia dan seterusnya dapat mencapai pasaran ke pringkat global dengan mudah dan berkesan.
  • Pemasaran internet hanya perlu menggunakan sebuah laman web yang dibangunkan. Infrastruktur ini perlu dibangunkan bagi tujuan menjual dan ia hanya memerlukan nama domain dan alamat email sahaja.
  • Pemasaran internet membina akses secara lansung kepada pelanggan yang berpotensi. Seterusnya, kita dapat berkomunikasi dengan bakal pelanggan antaranya adalah dengan cara menghantar email dan bercakap kepada mereka.

Sumber : hairilhazlan.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 16 Mar 2018

Cara Membuka Fail PDF Yang Terkunci

Pernahkah anda mengalami masalah untuk membuka fail PDF yang terkunci? Berikut kami kongsikan kaedah mudah untuk membuka fail PDF yang terkunci. Pertama sekali, masuk ke laman sesawang crackmypdf.com   Setelah itu, klik Choose File dan pilih file PDF yang ingin […]

TECH Thu, 28 Jun 2018

Selepas Ini Anda Boleh Membeli Tiket KLIA Express Melalui GrabPay

Bermula pada pertengahan bulan Julai ini, pengguna boleh menggunakan aplikasi GrabPay untuk membeli tiket KLIA Express. Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Ting mengumumkan yang GrabPay telah menjalinkan kerjasama dengan KLIA Express […]

TECH Fri, 29 Jun 2018

“unlock” Dengan Cap Jari Untuk Peranti Yang Tiada Fungsi Tersebut

Maklumlah bukan semua mampu memiliki peranti Android dengan fungsi pengimbas cap jari. Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara untuk mengimbas cap jari dengan menggunakan kamera utama.. Pertama sekali pasang aplikasi  ‘Fingerprint AppLock’ daripada Playstore. Setelah […]

TECH Fri, 19 Oct 2018

Cara Mengubah Telefon Pintar Android jadi Mouse Komputer

Anda juga boleh mengawal papan kekunci, pelindung yang terjejas, pemain media, persembahan, pemecah yang gagal untuk mematikan komputer secara langsung dari Android.

TECH Fri, 8 Jun 2018

Sunting Gambar Berwarna Dengan Latar Belakang Hitam Putih

Artikel kali ini akan menunjukkan cara mudah membuat suntingan gambar berwarna dengan latar belakang hitam putih.

TECH Thu, 27 Dec 2018

Inilah cara Qualcomm Membuat Snapdragon 855 5G

Prestasi yang lebih pantas, keupayaan AI yang lebih bijak, sokongan Sonic Sensor 3D dan sokongan Qualcomm Elite Gaming. Begitulah cara Qualcomm mencipta Sistem terbaru di Chip (SoC), Snapdragon 855.

TECH Thu, 23 Jan 2020

Cara Mencipta & Menghantar Gmail Secara Berkumpulan

Senangnya hantar email sebegini!

TECH Sat, 8 Jun 2019

食物掉地5秒内还能吃?和细菌比手速?

有时候东西掉在地上,老一辈的人会说吹一吹没事的,只要不超过五秒钟就好了,事实真的是这样的吗?

TECH Fri, 15 Nov 2019

Cara Kuatkan Bunyi Ketika Menonton Video Pada Chrome

Kepada anda yang gemar menonton video menggunakan Chrome khususnya kepada pengguna Laptop, sememangnya agak jengkel dengan kualiti bunyi yang agak perlahan. Berikut kami kongsikan salahs atu alternative untuk menggandakan kekuatan bunyi pada pelayar Chrome ketika menonton […]

TECH Sun, 14 Jul 2019

7 Peranti Pintar “Gaming” Dengan Harga Mampu Milik

Kepada anda yang masih tercari – cari peranti pintar Gaming dengan harga dibawah RM1000, berikut antara 7 peranti yang boleh anda pilih.

error: Content is protected !!