Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 5, 2018 @ 4:45pm

Kemaskini MIUI 10 Bakal Menyokong 28 Peranti Xiaomi

Xiaomi telah memperkenalkan versi terkini antaramuka MIUI 10 pada majlis pelancaran peranti Mi 8 pada bulan Mei yang lepas. Pelancaran peranti itu juga menandakan sambutan ulang tahun ke-lapan bagi syarikat berkenaan.

Terkini, Xiaomi telah mengumumkan bahawa kemaskini ini akan menyokong 28 peranti Xiaomi termasuk Redmi Note 5 Pro dan Redmi 5A. Pada peringkat awal, versi beta bagi MIUI 10 ini telah diperkenalkan buat peranti Redmi Note 5, Redmi Note 5 Pro, Redmi S2, the Mi Mix 2 dan Mi Mix 2S.

Antara ciri dan fungsi terbaru yang tersedia buat antaramuka baru ini ialah ia akan memaksimakan penggunaan ruang paparan serta fungsi ‘tekan dan tahan’ pada ikon aplikasi untuk lebih pilihan tindakan. Selain itu, pengguna peranti Xiaomi juga boleh menggunakan lebih banyak gestures untuk kawalan peranti.

Pengguna peranti Xiaomi yang menyokong MIUI 10 dijangka boleh mula mendapatkan kemaskini ini pada akhir bulan ini. Untuk mengetahui sama ada peranti Xiaomi anda menyokong antaramuka terbaru MIUI ini atau tidak, anda boleh semak dalam senarai di bawah.

  1. Mi 4c
  2. Mi 4s
  3. Mi 5
  4. Mi 5c
  5. Mi 5s Plus
  6. Mi 5X
  7. Mi 6
  8. Mi 6X
  9. Mi 8
  10. Mi 8 SE
  11. Mi Max
  12. Mi Max 2
  13. Mi Max Prime
  14. Mi Mix
  15. Mi Mix 2
  16. Mi Mix 2S
  17. Mi Note 2
  18. Mi Note 3
  19. Redmi 4X
  20. Redmi 5
  21. Redmi 5A
  22. Redmi 5 Plus
  23. Redmi 5s
  24. Redmi Note 4X
  25. Redmi Note 5
  26. Redmi Note 5A
  27. Redmi Note 5A Prime
  28. Redmi S2/Y2

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 3 Dec 2017

Cara Padam Gambar Atau Video Pendua Pada iPhone

iPhone merupakan salah satu peranti pintar/telefon pintar yang paling banyak pengguna di seluruh dunia.

TECH Thu, 14 Jun 2018

Yahoo Messenger宣布 7月17日 停止服务

Yahoo(雅虎)母公司Oath 宣布,Yahoo 旗下的即时通讯产品Yahoo Messenger(Yahoo 即时通)将在今年7 月17 日停止服务!

TECH Sun, 14 Apr 2019

Cara Mengembalikan Video Yang Telah Dipadam Pada Android

Kepada anda masih tercari aplikasi untuk mengembalikan video ataupun gambar yang telah dipadam pada Android, berikut kami kongsikan aplikasi yang boleh anda cuba.

TECH Sun, 4 Feb 2018

Tips Aktifkan Fungsi Rakaman Skrin Pada iPhone

Pernahkah anda menggunakan Screen Recorder? Fungsi Screen Recorder sememangnya tidak asing lagi pada peranti pintar.

TECH Fri, 13 Jul 2018

雨天神器「漂浮雨伞」空出双手自拍都没问题

有时拿东西或抱小孩,又要同时空出只手来撑伞真的麻烦透顶,有个魔术师从他的街头表演中挤出灵感,想让他所使用的「漂浮雨伞」真的量产,在市面上推出这种商品让大家都能买到,是不是很棒呢?

TECH Thu, 11 Jan 2018

Tips Merakam video atau gambar ala Profesional di Smartphone Android

Cara-cara pengambilan video atau gambar ala Profesional di Smartphone Android.

TECH Mon, 16 Jul 2018

Penggunaan Google Translate Meningkat Sepanjang Piala Dunia 2018

Aplikasi terjemahan Google Translate mencatatkan penggunaan tertinggi disepanjang berlangsungnya temasya Piala Dunia 2018 di Rusia. Menurut, pengurus produk Google Translate, Julie Cattiau, angka pengguna Google Translate meningkat dua kali ganda. Faktor peningkatan ini disumbang oleh […]

TECH Sun, 18 Aug 2019

Tingkatkan Kualiti Bunyi Pada Android, Cuba Cara Ini

Bunyi tak berapa kuat pada peranti anda?

TECH Thu, 30 Nov 2017

Cara Kongsi Kata Laluan Wifi Tanpa Diketahui Orang

Mahu kongsikan password WIFI tetapi risau password Hotspot anda diketahui umum? 

TECH Mon, 23 Jul 2018

Aspek Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Telefon Pintar

Aspek-aspek yang anda perlu tahu sekiranya ingin membeli telefon pintar.

error: Content is protected !!