Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd March 4, 2020 @ 12:50pm

Kematian Melebihi 3000 Seluruh Dunia, COVID 19 Semakin Membimbangkan

Penularan COVID-19 semakin membimbangkan. Menurut statik yang dikeluarkan oleh KKM Putrajaya, kematian yang melibatkan Coronavirus itu kini telah melebihi 3000 di seluruh dunia. 

Menurut statistik itu lagi selepas negara Cina, Iran merupakan negara kedua tertinggi dunia dan peratusan itu terus meningkat kepada 77 orang. 

Bank Dunia umum pakej bantuan 12 Billion

Dalam pada itu, Bank Dunia  hari ini mengumumkan dana awal AS$12 bilion (RM50.25 bilion) untuk membantu negara yang terjejas dengan wabak yang kini menular ke 80 negara.

Selain itu, bantuan ini juga akan ditumpukan dan disalurkan kepada beberapa buah negara miskin yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah berikutan kesukaran mereka dalam mengharungi wabak ini.  Pengumuman itu tiba ketika kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kesan ekonomi dan manusia terhadap virus berkenaan. 

Semoga kita semua terus sihat dan dilindungi daripada ancaman penyakit ini. Yang penting, jaga kesihatan dan elakkan aktiviti luar yang berpotensi untuk mendedahkan diri anda daripada wabak Coronavirus. 

Sumber: KKM, Berita Harian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 May 2025
Trending Thu, 23 Aug 2018

6 Things To Do in Traffic To Stay Zen

Basically, how to keep your blood pressure under control.

Featured Fri, 13 Feb 2026

Watak Paling Dibenci Kini Jadi Sebutan! Ustaz Irfan ‘Angkat’ Nama Firdaus Karim

watak Ustaz Irfan dalam drama Doa Yang Terlindung semakin mencuri perhatian dan menjadi antara karakter paling hangat diperdebatkan penonton.

Featured Mon, 14 Nov 2022

Sakit Perut Jam 3 Pagi, Hans Isaac Dimasukkan Ke Hospital & Segera Dibedah

Sakit perut jangan buat main ya.. Get well soon!

Trending Fri, 16 Jul 2021

Isu Rentas Negeri Balik Raya Selesai, Masya Masyitah Sudah Beri Keterangan Kepada Polis

Terpalit dengan dakwaan pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah dari Kuala Lumpur menggunakan surat merentas negeri ibunya, penyanyi Masya Masyitah memaklumkan isu terbabit sudah pun selesai. Masya memaklumkan dia sudah hadir memberi keterangan di […]

Hiburan Tue, 3 Mar 2026
error: Content is protected !!