Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin December 4, 2023 @ 9:04pm

Kempen Berjaya, Me’nate Steak Hub Sumbang RM300,000 Kepada SEJAGAT & Tabung Kemanusian Palestin Media Prima

Melalui kempen Dine And Donate yang dianjurkan sejak 6 sehingga 20 November lalu, Restoran Me’nate Steak Hub hari ini mengumumkan dana sebanyak RM300,000 akan disumbangkan kepada penduduk Palestin.

Bersyukur dengan sambutan yang diterima, ternyata dana ini dilihat sebagai permulaan yang baik buat rangkaian restoren ini untuk menganjurkan lebih banyak kempen-kempen seperti ini.

Menurut Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali yang juga pemilik Me’nate Steak Hub, mewakili seluruh warga Me’nate Steak Hub pihaknya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan mereka yang turut serta dalam kempen ini.

Menjelaskan dana ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu pelanggan setia Me’nate Steak Hub, tambahnya kejayaan ini juga memberi sebab untuk pihaknya terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka.

“Bila ada yang mempersoalkan tempoh yang singkat untuk kempen ini mengumpul dana sebanyak RM300,000, pada waktu itu kami yakin ia mampu dijalankan. Bagi saya pelanggan Me’nate Steak Hub cukup cakna dengan apa yang berlaku di Palestin kini.

“Sama seperti kami, saya yakin ini juga peluang mereka untuk sama-sama membantu saudara kita di sana. Merupakan kali pertama kempen seumpana ini diadakan di Me’nate Steak Hub, saya fikir dengan sambutan yang diberikan ini memberi kami lebih sebab untuk mengadakan kempen-kempen kemanusian seperti ini lebih kerap pada masa hadapan,”jelasnya.

Melihat kerjasama yang dijalankan dengan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima sebagai satu langkah tepat, jelas Syed Ashraf lagi selain memberi fokus dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa kekejaman Israel, kempen ini juga dilihat sebagai cara menyampaikan tanda solidariti pihaknya terhadap perjuangan penduduk Palestin.

“Kerjasama yang dijalinkan kami bersama SEJAGAT dan Media Prima dilihat memenuhi kriteria yang diperlukan dalam menyampaikan dana ini dengan selamat dan tepat. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka atas persetujuan untuk menyampaikan bantuan ini mewakili pihak Me’nate Steak Hub.

“Dengan apa yang dilalui penduduk Palestin hari ini pastinya kami mahu melihat sumbangan ini kelak mampu memberi mangsa-mangsa ini bantuan yang diperlukan terutamanya makanan dan bantuan perubatan yang semakin kritikal di sana,”jelasnya.

Sementara itu sebagai antara jenama yang cukup kukuh dalam bidang perkhidmatan makanan dan minuman, Syed Ashraf memberitahu Me’nate Steak Hub juga akan kekal sensitif dengan isu-isu seumpama ini dalam memastikan rangkaian perniagaan dibawah kendaliannya ini lebih dekat dengan masyarakat.

“Dalam bidang ini kepuasan pelanggan memang menjadi keutamaan kami, bagaimanpun melalui isu-isu seperti ini kami juga ingin mengambil peluang dalam mendidik masyarakat di luar sana akan kepentingan kempen kemanusiaan seperti ini.

“Bagi Me’nate Steak Hub kami tidak hanya tertumpu dalam pasaran dalam negara, mengorak langkah sebagai antara jenama Malaysia yang sudah mendapat tempat di pasaran antarabangsa, usaha-usaha seperti ini juga memberi peluang untuk kami mendapat pengiktirafan dari masyarakat di luar sana,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 24 Jan 2018

11 Cara Atasi Insomnia

Penghidap insomnia atau mereka yang mengalami kesulitan untuk tidur sering kali mengambil pil tidur bagi menyelesaikan masalah. Namun, pengambilan pil tidur haruslah dielak kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga boleh mendatangkan kemudaratan seperti cepat menjadi […]

Featured Fri, 7 Dec 2018

Pusat Hiburan Tidak Dibenarkan Beroperasi Melabihi Jam 1 Pagi bermula 2019. Ini Berita Baik!

Pada si kaki clubbing, tiba masanya untuk anda mencari hobi yang lebih berfaedah!

Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Thu, 19 Jan 2023

Comel! Gelagat Jebat Jayden ‘Review’ Makanan Undang Tawa Warganet – “Pak Mat Takut Tak?”

Anak kepada pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden sering meraih tawa warganet di media sosial dengan gelagat comel dan lucunya. @pakmatwestern Sharnaaz Ahmad dah warning😱 #fyp #foryou #foryoupage ♬ Kini Ecko Pergi Meninggalkanku – […]

Featured Mon, 1 Jul 2019
Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

Anda Rasa Yang Mana Di Antara Dua Jenis Makanan Ini Ada Lebih Banyak Kalori?

Gambar-gambar menunjukkan yang ada sesetengah makanan yang anda ingat sihat sebenarnya tak.

Gaya Hidup Fri, 28 Dec 2018

Di Usia 92 Tahun Tapi Masih Hebat Gesek Biola, Ini Rahsia Gaya Hidup Sihat Tun Dr Siti Hasmah

Tun Dr Siti Hasmah, First Lady paling dikagumi dan disayangi rakyat!

Gaya Hidup Fri, 9 Feb 2018

5 Perkara Mengenai Diet Yang Anda Mungkin Tersalah Anggap Selama Ini

Semakin moden semakin banyak tips dan trend kesihatan yang tersebar, sama ada dari mulut ataupun melalui Internet. Tapi adakah semuanya betul dan boleh diamalkan?

Featured Fri, 10 Mar 2023
error: Content is protected !!