Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 29, 2022 @ 12:30pm

“Kenapa Pegang Anjing Tak Pakai Gloves?” – Penat Sering Didakwa Buat Kerja Haram, Doktor Veterinar Ini Jelaskan Perkara Sebenar

Baru-baru ini kecoh di ruangan media sosial Twitter mengenai seorang doktor veterinar yang dikecam segelintir netizen kerana merawat seekor anjing tanpa menggunakan sarung tangan.

Malah, ada juga yang berkata tindakan doktor tersebut dianggap menjadi punca pendapatan yang haram kerana menyentuh anjing.

Difahamkan, perkara tersebut telah menimbulkan amarah netizen yang seakan tidak berpuas hati apabila seorang individu beragama Islam memegang seekor anjing tanpa sebarang lapik.

Berang dengan persepti negatif berkenaan, doktor veterinar ini menjelaskan alasan dia tidak menggunakan gloves semasa merawat anjing tersebut.

“Kenapa doktor haiwan rawat anjing tak pakai gloves? I hope this will make you understand.

“Sebab pertama tidak pakai sarung tangan adalah untuk mendapat kepercayaan anjing. Biar anjing hidu bau tangan untuk kenal, anjing akan rasa selamat dan tidak terancam.

“Kedua adalah pemeriksaan fizikal. Guna deria sentuh untuk merasa seluruh badan anjing, kenal pasti kalau ada luka, benjolan, ketumbuhan pada kulit yang tidak nampak.

“Kemudian kita sertu untuk menyucikan diri daripada najis mughallazah,” katanya menerusi video yang berdurasi satu minit itu.

Doktor berkenaan turut mengakui terlalu penat untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai isu tersebut sehingga disuruh untuk mencari pekerjaan lain.

“Masih ada yang menjatuh hukum, kata pekerjaan doktor veterinar ni haram, sebab sentuh anjing.

“Disuruh cari kerja lain. Selagi hayat dikandung badan, selagi mampu, selagi larat, selagi tu lah, ulang-ulang jawab soalan yang berulang-ulang.

“Percaya tak? Masih ada yang ingat kami ni akan bermandi lumpur dan selut selepas bergelumang dengan anjing selepas rawatan. Tidak! Sebab tu selama ni orang anggap nak sertu tu susah. Leceh.

“Kalau faham dan ambil tahu, tak susah sertu ni. Method sama seperti kita guna air sabun. Tapi tukar dengan air bancuhan tanah atau produk yang mengandungi tanah. Bilas dengan air 6 kali,” ujarnya menerusi ciapan di bawah video tersebut.

Doktor veterinar tersebut turut menyeru kepada orang ramai supaya belajar untuk tidak terus menghukum orang lain tanpa usul periksa.

“Janganlah senang sangat menjatuhkan hukum pada kami, sampai ada yang dah tahu kedudukan kami di neraka sebab buat kerja ni. Allahu,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Oct 2019

Eliud Kipchoge Pecah Rekod Tamatkan Maraton Selama 2 Jam

Eliud Kipchoge berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila beliau berjaya menamatkan maraton selama dua jam sekaligus memecah rekod peribadi beliau sebagai atlet olimpik Kenya. Acara larian maraton yang diadakan di Vienna pada sabtu lalu itu […]

Trending Wed, 25 Jul 2018

Penyanyi Demi Lovato Dikejarkan Ke Hospital Kerana Overdose, Kini Stabil

Dia kini bersama keluarganya di sebuah hospital di Los Angeles

Featured Sat, 30 Sep 2023

Famili Duo Kini Kembali! Tampil Sisi Berbeza Peserta, Mas Idayu & Ajai Kekal Kedudukan Sebagai Juri

Program realiti nyanyian TV3, Famili Duo kembali dengan musim baharu dengan menampilkan lima pasangan selebriti popular tanah air. Menampilkan penyanyi popular, pencipta kandungan sensasi dan pelawak, Famili Duo kali ini pastinya tampil dengan sisi berbeza […]

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Komen ‘Makcik Bawang’ Buat Abby Abadi Tertekan?

Menurutnya, gambar Daiyan di tepi pantai diambil berhadapan dengan tempat penginapannya untuk beberapa minit sahaja.

Trending Mon, 13 Jan 2020

Was That Really Her? Adele’s New Physical Appearance Received Praised From Fans

We still love her no matter what shapes she’s in..

error: Content is protected !!