Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 13, 2025 @ 3:40pm

“Keprihatinan Bukan Retorik, Tetapi Tindakan” – Afdlin Shauki

Dengan hasrat untuk terus menyumbang kepada masyarakat, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki membuat keputusan berani apabila menawarkan diri sebagai calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa bagi pemilihan parti yang akan datang.

Berbekalkan pengalaman luas dalam aktiviti kemanusiaan menerusi Yayasan Afdlin Shauki (YAS), Afdlin, atau nama penuhnya Afdlin Shauki Aksan, 54, berharap dapat meraih sokongan ramai agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

“Saya datang bukan untuk berjanji, tetapi untuk terus berbakti. Sudah lama saya bersama masyarakat tanpa gelaran dan pangkat, kini saya hanya memohon mandat agar dapat meluaskan lagi khidmat saya dengan lebih tersusun dan sistematik.

“Bagi saya, jawatan ini bukan satu platform untuk kepentingan diri atau agenda politik semata-mata, sebaliknya lanjutan kepada perjuangan sosial yang telah lama dilalui selama ini.

“Saya percaya bahawa kekuatan sesebuah parti politik terletak pada kemantapan cabang. Jika diuruskan dengan baik, ikhlas dan penuh semangat kebersamaan, maka akan menjadi benteng paling kukuh dalam menjayakan agenda reformasi parti,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, pelakon filem Buli Balik itu turut berkongsi matlamat perjuangannya yang jelas serta memperkenalkan moto khas sebagai cerminan kepada pendekatan kepimpinannya.

“Saya memperkenalkan motto Mesra Setiawangsa sebagai satu prinsip yang menjiwai seluruh gerak kerja dan berhasrat menjadikan Setiawangsa sebagai contoh kawasan yang mesra rakyat, mesra komuniti dan mesra perpaduan tanpa sempadan kaum, agama mahupun latar belakang sosial.

“Saya mahu mengangkat semula peranan cabang sebagai pusat perjuangan sebenar parti bukan sekadar sebagai struktur organisasi, tetapi sebagai tempat masyarakat mendapatkan pembelaan dan inspirasi.

“Malah, saya juga melihat bahawa kepimpinan cabang harus dikembalikan kepada individu yang benar-benar mempunyai masa, tenaga dan komitmen untuk turun padang, mendengar keluhan ahli dan rakyat, serta melaksanakan solusi secara berterusan dan berkesan,” ujarnya lagi.

Afdlin turut mengajak semua ahli PKR di Setiawangsa untuk turun mengundi dan memilih pemimpin yang mampu membawa suara rakyat secara jujur dan ikhlas.

“Saya tidak hadir untuk bersaing, jauh sekali untuk menjatuhkan sesiapa sebaliknya, hadir dengan penuh rasa tanggungjawab. Semua ahli PKR di Setiawangsa turun mengundi dan memilih dengan hati.

“Pilihlah kepimpinan yang bukan sahaja memahami tetapi merasai perit getir perjuangan di bawah.

“Pilihlah suara yang sentiasa mendengar, tangan yang sering membantu dan hati yang sentiasa ada untuk rakyat,” jelasnya.

Terdahulu, Afdlin aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan melalui YAS termasuk misi kemanusiaan ke Syria serta inisiatif pengagihan bantuan makanan dan keperluan asas kepada golongan B40 di perumahan awam sekitar ibu kota.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Oct 2025

“Terima Kasih Hantar Seorang Insan Yang Dapat Beri Cinta Sejati Pada Dia” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman

Erma bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang insan yang dapat memberi cinta dan kebahagiaan buat Fattah.

Featured Thu, 10 Jul 2025

Rumah Dijadikan ‘Sarang’ Pelac*ran, Aliff Syukri & Isteri Spill Kisah Sebenar – “Dia Tuntut Nak Kahwin Dengan Papa”

Jelasnya, rumah persinggahan yang dulunya lengkap dengan peralatan dapur dan penghawa dingin kini sudah kosong.

Events Mon, 4 Feb 2019

Kembar Neelofa Di Pentas AJL?

Penyanyi bersuara lantang, Siti Sarah Raisuddin nampaknya bukan sahaja mampu memukau penonton dengan persembahannya yang mantap malah, penampilan Siti Sarah juga dikatakan seperti Lofa. Betul ke? Bukan main lagi netizen ni kan? Laju je kan […]

Events Fri, 2 Nov 2018

#ASK2018 | 众星闪耀星光红地毯 [影片]

一场盛大的颁奖典礼,许多镁光灯注目的焦点除了谁夺走了什么奖项回之外,就是一开始的红毯穿著。

Cahaya Mata Sat, 14 Jan 2023

Lucu! Gelagat Ain Edruce Marah Soraya Buat Netizen Ketawa – “Masuk Balik Dalam Perut!”

Pelakon dan pengacara Ain Edruce sering berkongsi momen bersama anak sulungnya, Soraya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang memaparkan pengacara itu sedang menyoal anak perempuan itu sama ada dia menyayangi Ain atau bapanya, Amirul Hafiz. […]

Featured Tue, 23 Feb 2021

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Sajat

Bila agaknya kes ni nak selesai?

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
Featured Thu, 16 Oct 2025

“Jangan Cepat ‘Tarik Handbrake’, Teruskan Berjuang Demi Palestin” – Heliza Helmi Jawab Tuduhan Misi GSF Sia-Sia

Kata Heliza, berjuang untuk saudara di Palestin bukanlah sesuatu yang mudah namun…

error: Content is protected !!