Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 20, 2021 @ 12:00pm

Kerajaan Bakal Perkenal Lesen Khas Perniagaan, Elak Pengguna Jadi Mangsa Scammer

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang memperkenalkan lesen khas perniagaan dalam talian bagi melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan peniaga dalam talian (e-dagang) atau scammer bermula tahun depan.

 

Menerusi lesen itu, peniaga akan tertakluk kepada syarat lesen yang perlu dipatuhi manakala pengguna dapat melakukan pembelian tanpa ragu-ragu.

 

” Cadangan itu bakal mewajibkan setiap peniaga dalam talian untuk mendapatkan lesen khas berkenaan,”

Pengguna diminta lebih berhati-hati, elak jadi mangsa!

Gambar sekadar hiasan

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid turut melaporkan sehingga tahun lalu sebanyak 355,676 syarikat dalam talian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kementerian kini dalam rangka cadangan untuk melaksanakan lesen khas perniagaan tersebut.

 

Bagaimanapun,  Pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 itu perlu diadakan terlebih dahulu sebelum lesen khas itu dilaksanakan.

 

Malah, kementerian dapat menguatkuasakan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang tidak beretika yang didapati melanggar Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

 

Tambahnya lagi selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Penganugerahan Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021, pihak kementerian menyeru komuniti pengguna mengambil sikap lebih berhati-hati ketika berurusan di dalam talian

 

“Penipuan transaksi dalam talian ini boleh dielak sekiranya pengguna membuat semakan nombor akaun bank peniaga sebelum melakukan pemindahan wang,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Featured Mon, 7 Jul 2025

“Hari-Hari Saya Akan Call Parents, Itu Dah Macam Ritual” – Alif Satar Anggap Kejayaan Dimiliki Berkat Doa Ibu Bapa & Isteri

Kunci disebalik kejayaan itu adalah meletakkan kemuliaan ibu, bapa dan isteri pada haknya.

Hiburan Mon, 27 Apr 2026

Persembahan Sentuh Hati Ramai , DSV Dedah Cik B Luah Segala Trauma Dikutuk Sejak Kecil 

DSV mendedahkan Cik B menjadi mangsa kecaman sejak kecil sehingga dirinya trauma. 

Trending Wed, 26 Jun 2019

Kondominium Setapak Ria Berhantu, Lelaki Kongsi Pengalaman Seram Ditemani Hantu Kanak-Kanak Cina

tak sangka kejadian macam ni betul-betul berlaku ingatkan dalam filem je.. 

Trending Fri, 6 Sep 2019

The Loch Ness Monster Might Not Be a Monster At All

When fable meets science, this is what we get; an explanation.

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
error: Content is protected !!