Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 22, 2023 @ 11:13am

Kes Gangguan Seksual Mondy Tattoo & Ebit Lew: 2 Kertas Siasatan Dibuka, 13 Orang Dipanggil Bantu Kes 

Umum maklum, kes membabitkan pendakwah bebas, ustaz Ebit Lew atau nama penuhnya, Ebit Irawan Lew  kini masih dalam sisatan.

Terbaru, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan Seksyen 500 kanun yang sama atas kesalahan fitnah.

Malah, 13 orang telah dipanggil untuk membantu siasatan kes gangguan seksual dan fitnah membabitkan pendakwah bebas tersebut serta pempengaruh media sosial, Mondy Tattoo dan penyanyi rap, Caprice.

“Mondy Tattoo atau  Rita Restu Amanda membuat laporan di Shah Alam, berhubung gangguan seksual manakala Ebit membuat laporan selepas dia kembali dari luar negara.

“Sehubungan itu siasatan dijalankan terhadap kedua-dua laporan yang telah dibuat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Minta ‘Acah’ Solat Demi Content? Mondy Tattoo Timbulkan Dakwaan Mengenai Ebit Lew – “Dia Usap Tangan Saya Sebelum…”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Melakukan Perbuatan Jijik Terhadap Mondy Tattoo, Ebit Lew Buat Laporan Polis

Telefon Mondy dirampas bagi membantu siasatan

Dalam pada itu Suhaily memaklumkan,  pihak polis sedang melengkapkan siasatan dengan memanggil saksi-saksi yang dipercayai dapat membantu kes.

Malah, telefon Mondy terpaksa diserahkan kepada pihak polis  sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

“Saya juga ingin menjelaskan polis meminta Mondy menyerahkan telefon bimbit miliknya sebagai sebahagian daripada proses siasatan. Ini kerana kita perlu menyiasat segala kandungan dalam telefon bimbit miliknya bagi melengkapkan siasatan,”jelasnya.

Terdahulu, pada 11 September 2023, Mondy mendedahkan telah menerima gangguan seksual daripada pendakwah terbabit selepas dia berkunjung ke Malaysia.

Ketika ditanya sama ada kenyataan bapa Mondy menerusi media sosial yang memohon maaf kepada Ebit Lew turut dijadikan bukti dalam siasatan, Mohd Shuhaily berkata kenyataan itu tidak memberi kesan terhadap siasatan kes berkenaan.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Teruja Dengan Konsert Doa Buat Kekasih, Ramli Sarip Gamit Nostalgia

Konsert Doa Buat Kekasih yang pasti mengimbau memori anda!

Trending Wed, 30 Dec 2020

KWSP Dijangka Mampu Beri Dividen 5 Peratus

Dengar penjelasan penganalisa..

Trending Mon, 1 Oct 2018
Featured Fri, 21 Dec 2018

Risiko Kekejangan Infantil Boleh Menyebabkan Cerebral Palsy Dan Down Syndrome

Sentiasa perhatikan perkembangan bayi anda, ibu bapa jangan sambil lewa!

Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Thu, 26 Sep 2024

Sudah Mula Tunjuk ‘Taring’ & Bakat Menyanyi, Ini Calon Top 20 #XTRAXSTAR2024!

Wah, tahniah semua Top 20 #XTRAXSTAR2024! Undi calon kegemaran anda bermula 30 September ini

Featured Mon, 11 May 2020
error: Content is protected !!