Euforia Bola 2026
TECH By: Rosli Ab Rahman July 31, 2019 @ 10:25am

Ketahui Cara Menggunakan Internet Di Luar Negara

Perang tambang murah penerbangan, memudahkan lebih ramai orang untuk bercuti ke luar negara. Bila bercuti tu, mesti banyak bergambar. Lepas bergambar, mesti nak berkongsi ke laman media sosial. Tapi, kena ada internet dulu baru boleh muat naik semua gambar ni. Macam mana nak guna internet di luar negara?

Di sini, kami ingin berkongsi beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menggunakan internet di luar negara. Ada cara yang mudah, ada cara yang murah. Ikut kemampuan fizikal dan poket anda. Dari pengalaman penulis, terdapat 4 cara untuk menggunakan internet dengan selamat dan terkawal. Jom kita tengok pilihan yang ada.

1. Aktifkan Perayauan Data Di Talian Sedia Ada

Cara paling mudah, aktifkan perayauan data dari talian yang anda gunakan di Malaysia. Tidak perlu bersusah payah pergi ke kedai untuk menyewa peralatan, mahupun berhempas pulas di negara orang untuk mendapatkan kad sim luar negara. Tetapi kosnya mahal sedikit berbanding pilihan yang lain.

Hampir semua pascabayar dan prabayar di Malaysia menyokong perayauan data, tetapi adalah lebih baik anda menyemak terlebih dahulu dengan syarikat telekomunikasi (telko) anda. Pelajari perayauan data dengan lebih mendalam, melalui artikel kami bertajuk, “Langkah Mudah Elak Caj Perayauan Melampau“.

Sebelum itu, perayauan data perlu diaktifkan terlebih dahulu. Ia boleh dibuat semudah membuat panggilan ke pusat khidmat pelanggan, selalunya talian bebas tol. Minta aktifkan perayauan data.

Selepas itu, semak menerusi laman web telko anda, kesediaan dan caj perayauan di negara yang akan anda lawati. Terdapat dua perkara yang perlu dipastikan. Pertama, caj harian dan kedua, had kuota data.

Kebanyakan telko Malaysia mengenakan caj harian RM30++ dengan kuota data 500MB sehari. Tetapi U Mobile dilihat menawarkan perayauan data menarik, U Data Roam serendah RM10 sehari untuk 500MB kuota data. Cuma ia untuk 12 negara sahaja iaitu:

Australia, Bangladesh, Filipina, Hong Kong, India, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, Laos, Singapura, Taiwan dan Thailand.


2. Sewa Pocket Wifi Di Malaysia Yang Boleh Diguna Di Luar Negara

Ini satu cara yang lebih murah, tetapi perlu berusaha untuk menggunanya. Kenapa? Kerana anda perlu pergi ke kedai untuk menyewa, kemudian pergi semula ke kedai untuk memulangkannya. Selain itu, pengguna juga perlu meletakkan deposit sebagai insuran untuk Pocket Wifi yang disewa. Kalau lambat pulang, kena bayar denda. Kalau rosak pula, hilang deposit.

Tetapi ia dikira sangat murah dan mudah digunakan. Dengan satu Pocket Wifi, anda boleh berhubung sehingga 10 peranti pada satu masa. Malah, kebanyakannya menawarkan data tanpa had. Sewanya juga sangat rendah, seperti RM30/hari di Amerika Syarikat dan negara di Eropah, atau RM15/hari di Jepun dan Korea Selatan.

Berbanding perayauan data telko Malaysia yang rata-rata berharga RM30++ sehari dan boleh digunakan pada satu peranti sahaja, sewa MiFi sebegini memang lebih murah. Tetapi tempahan perlu dibuat beberapa hari lebih awal, dan mesti dipulangkan tepat pada masanya.

Setakat yang kami temui, ada 3 syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyewa Pocket Wifi ke luar negara ini iaitu Samurai Wifi, Wiyo dan Travel Recommends. Ketiga-tiganya memiliki cawangan di KLIA dan KLIA2, mudah untuk mengambil dan memulangkannya.

3. Membeli Kad Sim Global Di Malaysia

Satu lagi cara, adalah menggunakan kad sim global yang boleh digunakan di seluruh dunia. Konsepnya seperti perayauan data menggunakan kad sim tempatan, tetapi kad sim ini boleh digunakan terus ke mana jua negara yang anda pergi. Beberapa pilihan yang ada seperti ChatSim dan Flexiroam X.

Chatsim menawarkan permesejan teks dan emoji tanpa had, serendah RM65 setahun. Dengan satu sim kad sahaja, pengguna boleh menghantar mesej dan emoji melalui aplikasi permesejan sosial yang disokong tanpa had. Perkongsian gambar dan video, serta panggilan dalam aplikasi memerlukan bayaran tambahan.

Aplikasi yang disokong Chatsim adalah Whatsapp, Messenger, QQ International, WeChat, LINE, Telegram, BBM, Hike dan Kakao.

Flexiroam X pula menawarkan perkhidmatan internet di seluruh dunia melalui satu sim kad. Ia bukanlah sim kad sebenar, sebaliknya sejenis cip yang boleh dilekatkan ke atas sim kad sedia ada. Jadi, ia tidak mengambil ruang tambahan kad sim, sesuai untuk telefon pintar yang memiliki hanya satu slot kad sim.

Pek permulaan Flexiroam X berharga USD9.99 (~RM44.34), manakala datanya pula berharga USD29.99(~RM133) untuk 1GB. Bunyinya agak mahal, tetapi ia sah untuk kegunaan selama 12 bulan. Ia sangat sesuai digunakan sebagai internet sementara seperti semasa transit di negara lain, sebelum tiba di destinasi akhir. Atau sebelum membeli kad sim negara yang dilawati.

4. Membeli Kad Sim Luar Negara

Ini langkah yang bunyi mudah, tetapi agak sukar untuk dilakukan. Ambil contoh prabayar di Malaysia, bagaimana pelancong luar negara ingin memiliki pek prabayar? Ia memerlukan pendaftaran maklumat peribadi menggunakan pasport. Kemudian, memilih pelan juga agak merunsingkan dengan pelbagai tawaran data seperti data video, data facebook, data tengah malam dan lain-lain.

Jika anda ke luar negara dan ingin membeli kad sim tempatan, anda perlu mempelajari terlebih dahulu tentang negara tersebut. Bukan sahaja pembelian pek prabayar, malah pelan yang ingin dilanggan juga. Jika tidak, anda mungkin ditipu oleh penjual, atau silap melanggan pelan.

Cara termudah, rujuk pada orang yang pernah menggunakan kad sim di negara tersebut dalam masa terdekat. Kerana ia perkara yang cepat berubah. Lihat saja bagaimana perang prabayar di Malaysia. Penulis sendiri, ada pengalaman membeli kad sim prabayar di Indonesia, Singapura, Taiwan, Jerman, Sepanyol dan United Kingdom. Ada macam-macam kisahnya, tapi tidak semudah membeli di Malaysia.

 

Sumber : TheSkop.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 3 Feb 2018

Infotech: 4 Cara Virus Boleh Menjangkiti Sesebuah peranti

Pernahkah PC anda diserang Virus dan Malware? Virus dan Malware sememangnya sinonim kepada pengguna PC jenis Windows.

TECH Sun, 2 Dec 2018

Kenali Jenis dan Kegunaan Lensa Kamera

Mari kita mengetahui jenis-jenis lensa, fungsi dan keistimewaanya.

TECH Wed, 7 Aug 2019

Matikan Story dan Post Instagram Orang Lain Tanpa Unfollow

Resah dengan akaun yang membuat banyak Story dan Post di Instagram? Sembunyikan sahaja akaun tersebut tanpa unfollow dengan cara ini.

TECH Sun, 20 Jan 2019

Modem 4G Rumah Terbaik Mampu Milik

Berikut kami kongsikan 2 jenis modem 4g versi rumah yang berkuasa tinggi dan mampu milik.

TECH Sun, 15 Jul 2018

WhatsApp Uji Fungsi “Mark as Read” dan “Mute” Pada Ruang Notifikasi

Pada tahun ini WhatsApp sudah dikemaskini dengan sejumlah ciri baru untuk menjadikannya sebagai aplikasi pemesejan paling popular. Sedikit demi sedikit ciri diperkenalkan dan melalui versi beta yang terbaru, fungsi “Mark as Read” dan “Mute” boleh […]

Automobile Thu, 19 Apr 2018

OPPO F7「6.2寸全面屏+智能美颜2.0」售价RM1399!

自拍专家与潮流先锋的OPPO F系列手机,今日再添新成员,正式发布:OPPO F7!

TECH Mon, 15 Jul 2019

Muat Turun Fail Daripada Youtube Menggunakan Aplikasi Snaptube

Berikut kami ingin kongsikan cara untuk memuat turun fail daripada Youtube menggunakan aplikasi alternatif iaitu Snaptube. Caranya sangat mudah.

TECH Mon, 9 Jul 2018

“Subtitle” Filem Terus Daripada VLC Media Player

Perlukan ‘subtitle’ untuk menonton filem anda dalam ‘VLC’?Anda boleh cuba cara ini.

Events Fri, 8 Nov 2019

HONOR Band 5 Sport Opens For Pre-Sale RM10 Cheaper On 11.11

Get your game on! The smart fitness tracker the keeps you stylish and fashionable all game, all season.

TECH Fri, 20 Jul 2018

FreeSync vs G-Sync: Mana Satu Yang Lebih Sesuai?

Anda sedang berkira-kira mahu membeli monitor PC yang baharu dan terjumpa dengan terminologi teknologi G-Sync dan FreeSync yang wujud di dalam monitor yang anda cari sebentar tadi. Apa itu G-Sync dan FreeSync? Dua terma tersebut […]

error: Content is protected !!