Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 9, 2019 @ 7:14pm

Khai Bahar Mengakui Tak Sanggup…

Biarpun kemunculannya dalam drama bersiri, Satukah Rasa bersama penyanyi Siti Nordiana mendapat pujian peminat, Khai Bahar, mengakui tidak sanggup melihat lakonannya sendiri.

Katanya, bukan tidak percaya bakat dan kemampuan yang dimiliki, namun dia menganggap penampilan pertamanya itu belum mencapai piawaian untuk dibanggakan.

“Jika ingin serius sebagai pelakon, saya kena masuk kelas kerana banyak lagi ilmu perlu digali. Namun, pengetahuan sahaja tidak memadai, sebaliknya kesungguhan dan bakat juga perlu diasah untuk memantapkan mutu lakonan.

“Saya yakin jika terus diberikan peluang, saya mampu melakukan jauh lebih baik. Segan pula melihat karekter yang saya bawakan itu, mungkin kerana saya masih baharu dalam bidang lakonan,” katanya kepada BH Online. 

Drama 20 episod itu menemui penonton bermula 4 November lalu, menggandingkan penyanyi Luluh itu bersama Siti Nordiana sebagai teraju utama, dibantu Yusuf Bahrin, Nina Juren, Nadya Syahera dan Isyariana.

Biarpun minat dalam bidang lakonan sudah mula bercambah, Khai atau nama lengkapnya Muhammad Khairul Baharuddin (25) berkata, buat masa ini tumpuan penuh diberikan dahulu kepada kerjaya nyanyian. 

Mengikut perancangan, dia bakal muncul dengan single baharu dalam masa terdekat, selain merakamkan sebuah lagu khas untuk projek pusat dialisis amal di Perlis. 

“Saya berterima kasih kepada mereka yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang dua bulan penggambaran, terutama pengarah dan pelakon senior,” katanya. 

Sumber Foto: Instagram @khaibahar94
 
Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 13 Jan 2023

Tampil Barisan Bakat Baharu, Bawah Blok Hiasi Slot Lestary TV3!

Drama bersiri Bawah Blok terbitan Tanah Beris Film Production hadir menghiasi slot Lestary TV3. Naskhah ini mengisahkan lima remaja yang tinggal di sebuah rumah flat kos rendah dan selalu menjadikan kawasan bawah blok kediaman sebagai tempat […]

Featured Wed, 1 Jun 2022
Selebriti Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Rapper Terkenal Afrika Jabulani Tsambo Meninggal Dunia

Rapper terkenal berusia 38 tahun ini pernah berdepan dengan masalah depresi beberapa tahun lalu. RIP HHP!

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Tahniah! Ziela Jalil Bakal Timang Cucu Pertama

Tahniah, mesti comel bayi itu nanti! Kami doakan agar urusan Datuk Ziela Jalil sekeluarga lancar hendaknya.

TECH Thu, 16 May 2019

Finding it Hard Getting Organised this Ramadan? Check These Helpful Apps Out

You can plan where to buka puasa, what to prepare for sahur, and even provide meals for the less fortunate!

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
error: Content is protected !!