Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin November 23, 2018 @ 3:00pm

Khasiat Garam Bukit Untuk Kecantikan Wanita

Adakah anda tahu tentang khasiat garam bukit? Garam bukit terhasil secara semula jadi dan berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan ataupun merah jambu dan ianya 100% asli tanpa menjalani pemprosesan.

Untuk pengetahuan anda, garam bukit mengandungi 84 elemen natural yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ianya mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink  dan berpuluh-puluh jenis mineral yang lain.

Biasanya, garam bukit ini popular dalam kalangan mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan dan juga kecantikan. Boleh digunakan dalam masakan, garam bukit ini juga boleh digunakan dalam rejim kecantikan untuk mengembalikan kesegaran, menghilangkan keletihan dan manfaat yang lainnya.

Jadi, penulis senaraikan khasiat serta cara untuk mengggunakan garam bukit untuk rendaman kaki, mandian dan skrub. Jom semak!

Cara menggunakan garam bukit

Campurkan 5 sudu besar garam bukit ke dalam air biasa atau air suam. Anda juga boleh menggunakan air yang bercampur bersama ketulan ais.

1. Rendaman kaki

Foto: Keluarga

Rendam kaki atau badan selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air biasa. Sebaiknya, rendaman ini dibuat pada rehat atau sebelum hendak tidur.

Khasiat merendam kaki dengan garam bukit adalah:

  • Melancarkan peredaran darah seluruh tubuh.
  • Membantu membuang kotoran dari badan dan dapat mengelakkan daripada serangan virus.
  • Melegakan sakit otot, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
  • Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri atau berjalan.
  • Membantu merawat tumit kaki yang pecah.
  • Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah ataupun kaki berbau.
  • Mengurangkan toksik dan lemak atau kolestrol.
  • Mengurangkan kesakitan dari sakit gout.

2. Mandian

Foto: Nona

Mandi dengan air bancuhan garam bukit dan biarkan airnya tadi meresap ke tubuh badan selama beberapa minit. Kemudian, bilas badan dengan air biasa.

3. Skrub

Foto: Mother Nature Network

Tumbuk garam bukit yang kasar sehingga halus dan tuang sedikit air. Kemudian, lulurkan pada wajah dan keseluruhan wajah. Biarkan sehingga kering dan bilas menggunakan air bersih.

Terdapat pebagai jenis garam bukit yang dijual di pasaran. Pastikan anda beli yang asli dan antara garam bukit yang popular adalah Garam Bukit Himalaya. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 4 Jul 2018
Oh Lawa Wed, 26 Dec 2018

10 Stail Selebriti Paling ‘On Point’ Sepanjang Tahun 2019

Stail selebriti kita ini memang up-to-date!

Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018

Hamparan Gaun Perkahwinan Melissa Sin Buat Tetamu Terpesona

Melissa berasa sangat terusik dengan sentuhan terakhir yang diberikan oleh pereka baju perkahwinannya itu.

Featured Mon, 17 Jun 2019

Rambut anda bermasalah atau tidak bermaya? Buat sendiri pupur untuk kembalikan serinya

Ikuti 4 resipi ini dan cuba buat sendiri pupur untuk rambut anda.

Featured Fri, 21 Feb 2020
Featured Sat, 9 May 2020

3 gaya ini mampu hasilkan ilusi kurus dan tinggi ketika bergambar

Barulah yakin nak letak dalam media sosial

Oh Lawa Tue, 16 Apr 2019

Ingin tahu rahsia tudung Sharifah Rose sentiasa kelihatan kemas? Ini jawapannya

Dia tidak pernah kalah dengan setiap gaya yang diperagakan.

Featured Wed, 22 Jan 2020
Featured Wed, 24 Jul 2019
Oh Lawa Fri, 27 Jul 2018

Suntikan DNA Balenciaga Bikin Kasut Dengan Jolokan Hodoh, Crocs Makin Laris!

Balenciaga sebelum ini pernah mengambil rekaan Crocs dan memanipulasikannya dengan DNA Balenciaga menerusi Crocs platform.

error: Content is protected !!