Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 13, 2025 @ 1:13pm

Kisah Seram Ikonik Diangkat Ke Layar Perak… Saksikan ‘Misteri Fraser 1910’ Di Pawagam 26 Jun Ini!

Pernah dengar kisah misteri peneroka Bukit Fraser yang hilang tanpa jejak pada tahun 1910? Kini, kisah tersebut diangkat ke layar perak menerusi filem seram Misteri Fraser 1910, yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Jun 2025.

Filem terbitan Millionaire Film Production Sdn Bhd ini diinspirasikan daripada sejarah sebenar kehilangan Louis James Fraser, peneroka dari Scotland yang membuka kawasan Bukit Fraser sebagai lokasi perlombongan emas sebelum tiba-tiba hilang tanpa kesan, satu misteri yang kekal belum terungkai hingga ke hari ini.

Menurut penerbitnya, Elani Aidid, idea untuk menghasilkan filem ini tercetus ketika beliau menjalani lawatan pra-produksi di Bukit Fraser pada 2019.

“Kami terbaca kisah asal Mr. Fraser dan terus tertarik dengan sejarah serta laluan-laluan seperti ‘Bishop Trail’ dan ‘Abu Suradi Trail’ yang dinamakan bersempena individu terlibat dalam pencariannya. Dari situlah munculnya ilham untuk mencipta teori fiksyen berasaskan kisah benar,” ujarnya.

Gabungan Sejarah & Seram Dalam Nuansa 1910

Menampilkan pelakon Josiah Hogan sebagai Mr. Fraser, filem ini turut dibintangi oleh Amai Kamarudin, Siti Hariesa, Isyariana, Erry Putra dan ramai lagi pelakon popular tempatan.

Menariknya, filem ini bukan hanya mengetengahkan elemen seram semata-mata, tetapi turut membawa penonton kembali ke era awal abad ke-20 – lengkap dengan dialog klasik, busana lama dan suasana zaman kolonial British.

“Uniknya filem ini ialah ia gabungan sejarah dan seram. Kami mahu penonton merasai pengalaman berada di tahun 1910 dengan gaya penceritaan yang autentik,” kata Elani.

Tambah Elani, kira-kira 50 peratus jalan cerita filem ini adalah berdasarkan sejarah benar manakala selebihnya ditokok tambah secara kreatif berdasarkan kajian dan cerita penduduk tempatan. Skrip filem ini juga dibangunkan di bawah pemantauan FINAS melalui Dana Perkembangan Skrip Filem.

Pengiktirafan Antarabangsa Sebelum Tayangan Tempatan

Sebelum menemui penonton tempatan, Misteri Fraser 1910 sudah pun mencipta pencapaian membanggakan apabila terpilih dalam kategori Best First-Time Filmmaker di Lift-Off Global Network Sessions Vol. 4, yang berlangsung di Pinewood Studio, United Kingdom.

“Kami bersaing dengan 26 filem antarabangsa lain dan mendapat undian tinggi daripada penonton luar negara. Harapan kami, penonton Malaysia juga akan memberi sokongan sama,” ujar Elani.

Berlatarbelakangkan tahun 1890-an hingga 1910, filem ini mengisahkan Louis James Fraser, lelaki dari Scotland yang membuka Bukit Fraser sebagai kawasan perlombongan dan penempatan elit British. Kehilangannya yang misteri pada tahun 1910 membuka ruang kepada kepercayaan mistik dan gangguan aneh terhadap individu-individu yang tinggal di banglonya, termasuk pasangan Asan dan Wati yang mengambil alih rumah dan perniagaan peninggalannya.

Misteri Fraser 1910 bukan sekadar filem seram biasa – ia sarat dengan elemen sejarah, mitos tempatan dan nilai sinematik klasik. Jangan lupa temui jawapan kepada kehilangan paling misteri dalam sejarah tanah tinggi Malaysia ini di pawagam bermula 26 Jun 2025!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 15 Mar 2018

我不追剧,只追你!必学13句「神级情话」

每当喜欢上一个人,就会使出千奇百怪的方式,想要逗对方开心。比起送昂贵的礼物,幽默的话术是能轻易打中内心的选择,近年社群媒体上疯传「干话搭讪术」影片,用出其不意的语句,就能让别人肉麻到脸红心跳!

Events Tue, 24 Sep 2019

Azlan The Typewriter, BoboiBoy and Many Others ‘Lights Up!’ Cyberjaya Multimedia Fest 2019

CMF 2019 celebrates the best of local creative industries under one roof!

Hiburan Wed, 9 Mar 2022

Dulu Penyanyi Kini Usahawan, Erna Elliyana Lakar Sejarah Membanggakan

Nama Erna Elliyana, 33, mungkin agak asing di telinga di anak muda masa kini. Namun bagi peminat dunia seni, Erna cukup dikenali sebagai pelakon kanak-kanak ternama sekitar tahun 90-an serta Erna juga menceburkan diri sebagai […]

Trending Mon, 29 Oct 2018

Breast Prostheses Exists and are Important To Have

Let’s learn more about our breasts in Pink October.

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Selepas Elly Suriaty, Sahara Yaacob Pula Tunjuk Sokongan Terhadap Najib

Apabila seorang individu beragama Islam banyak berjasa kepada negara, kita abaikan…ia adalah sebuah kesalahan, sama sekali perbuatan yang salah!

Trending Mon, 31 Dec 2018

Diejek Sebagai ‘Gadis Sampah’ Dan Dipulau Rakan Akhirnya ..

Diejek Sebagai ‘Gadis Sampah’ Dan Dipulau Rakan, Usaha Gadis Ini Akhirnya Disanjung Dunia

Featured Thu, 27 Oct 2022
Trending Thu, 7 Nov 2019
error: Content is protected !!