Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 18, 2024 @ 6:54pm

Kolaborasi Malaysia, Indonesia… Insomniacks Bergabung Dengan Nabila Taqiyyah Menerusi Belum Mulai

Kumpulan muzik terkenal Malaysia, Insomniacks, telah bekerjasama dengan bintang baharu popular Indonesia, Nabila Taqiyyah untuk mengeluarkan single terbaru mereka yang bertajuk “Belum Mulai”.

Kolaborasi ini sangat menarik di mana bagi Nabila Taqiyyah, ini menunjukkan sisi lain dirinya sebagai penyanyi melalui lagu yang berunsur band. Bagi Insomniacks, lagu “Belum Mulai” merupakan lagu Bahasa Indonesia pertama yang mereka keluarkan.

“Rasanya sangat senang dan terhormat. Nabila adalah orang yang menyenangkan untuk diajak berkolaborasi kerana profesionalisme tinggi beliau semasa rakaman dan pembuatan video muzik. Dia sangat berbakat dan dari pertama kali kami mendengar suaranya untuk lagu ini, kami merasa dia menjadi elemen penting dalam lagu ini dan syukur dia bersedia untuk terlibat,” ujar anggota Insomniacks.

“Pastinya sangat gembira kerana ini adalah kolaborasi pertama saya dan lebih istimewa lagi bersama kumpulan dari Malaysia. Seluruh proses produksi berjalan lancar dan menyenangkan. Saya harap semua pendengar dapat menikmati lagu ini seperti kami menikmati seluruh proses pembuatannya,” kata Nabila.

Dalam single “Belum Mulai” ini, Nabila dan Insomniacks bekerjasama dengan Clara Riva dan S/EEK sebagai pencipta lagu. Mereka sudah banyak bekerjasama dengan penyanyi tempatan untuk mencipta lagu-lagu hit.

Lagu “Belum Mulai” menceritakan tentang seseorang yang harus merelakan cintanya pergi walaupun cinta tersebut belum bermula. Lagu ini menggambarkan perasaan seseorang yang harus melepaskan orang yang disayangi kerana pelbagai sebab walaupun kisah cinta mereka belum bermula.

Dari segi susunan muzik, lagu ini dimulakan dengan irama pop balada yang sederhana dengan gitar akustik sebagai elemen utama. Dari tengah hingga akhir lagu, unsur rock dengan distorsi ditambah untuk menandakan elemen band masih ada dalam susunan lagu. Hebat!

Video muzik “Belum Mulai” juga dibuat dengan kesan yang sederhana tetapi nyaman secara visual. Mengambil latar belakang kawasan lapang dengan pemandangan pokok-pokok yang mengelilinginya, ia pasti menyejukkan mata.

Video muzik “Belum Mulai” dihasilkan oleh Kolmar Films dengan Ido Aruan sebagai pengarahnya. Penggambaran dilakukan di Yogyakarta.

“Pembuatan video muzik di Yogyakarta sangat mengesankan kerana itu pertama kali kami dapat datang ke sana dan lebih istimewa lagi kerana bersama Nabila,” ujar Insomniacks.

Insomniacks dan Nabila Taqiyyah berharap lagu ini dapat dinikmati oleh banyak pengemar muzik di Malaysia mahupun di Indonesia. Bagi mereka yang merasakan hal yang sama dari cerita lagunya, semoga ia dapat menjadi inspirasi dalam mencari jalan terbaik.

“Mudah-mudahan peminat kami di Malaysia dan juga yang mendengar di Indonesia suka dan gembira dengan lagu ini dan memutarnya berulang-ulang,” harap Insomniacks.

“Buat kamu yang dapat mengaitkan diri dengan lagu ini, semoga ia menjadi soundtrack untuk menghiasi kehidupan kamu. Semoga semua suka dengan lagunya,” harap Nabila.

Single kolaborasi Nabila Taqiyyah dengan Insomniacks sudah tersedia di semua platform muzik digital. Video muziknya juga telah ditayangkan di saluran YouTube Insomniacks.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Jul 2023
Events Sun, 8 Jul 2018

EXO Brought the Roof Down in Axiata Stadium Last Night

Nothing beats watching our favourite artists live.

Hiburan Fri, 29 Nov 2019
Featured Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Sun, 3 Jun 2018

自嘲猛吃肉骨茶发胖 A-Lin实际行动回馈歌迷

睽违大马两年的天生歌姬 A-Lin重回大马舞台,拿起歌迷手机自录唱歌影片, 向粉丝讨教国语, 又与幸运歌迷对唱,最后还来个双「安可」让大马粉丝大喊:赚到了!

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Berlakon Bersama? Amar Baharin Letak Syarat!

Sukar sebenarnya untuk menjayakan watak sebagai suami isteri.

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Terpilih Saat Akhir, Wany Hasrita, Amira Othman Berangkat Tunai Haji Esok

Sebenarnya saya dalam keadaan tidak bersedia tetapi bila berfikir semula…

Featured Mon, 22 Mar 2021

3 Maut 1 Parah – Struktur Kren Launcher Lebuh Raya SUKE Hempap Kereta, Ini Respons Netizen..

Kejadian kemalangan di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) hari ini menjadi bualan ramai. Insiden seperti ini seringkali berlaku di Lebuhraya berkenaan menyebabkan orang ramai meminta pihak bertanggungjawab segera disiasat. “Melalui siasatan […]

error: Content is protected !!