Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 20, 2024 @ 5:24pm

Kongsi Video GRWM… Puteri Balqis Dedah Pernah Dilabel Pengemis, Bertindak Sekat 300 Komen Hinaan Setiap Hari – “Don’t Be Scared To Blocked This Moron”

Pelakon sensasi, Puteri Balqis menerima pujian dalam kalangan warganet selepas berkongsi video ‘Get Ready With Me’ (GRWM) menerusi platform media sosialnya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish kelihatan bersiap menggunakan produk kegemarannya, Skintific sebelum menjalani sebuah penggambaran.

“GRWM featuring skintific.

“Sebab saya photoshoot kejap lagi dan photographer tu minta untuk saya tampil dengan mekap foxy eyes,” katanya.

Sementara itu, Aqish yang sedang bersolek sempat membincangkan topik mengenai pendidikan.

Katanya, setiap hari dia akan memadam hampir 300 komen negatif bersifat kecaman dan kritikan yang diberikan warganet terhadapnya, termasuklah apabila dia bertutur dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, tidak mahu terbeban dengan sikap negatif tersebut, dia bertindak menyekat individu yang dilabelnya sebagai ‘bodoh’ di platform sosial medianya.

“Okay tajuk yang kita akan bincangkan hari ini adalah education. Everyday i delete more than 300 comments, hating on my education. For example when i speak english. Maybe i am used to it, i just blocked. Don’t be scared to blocked this moron.

“Setiap hari Aqish akan dapat dapat komen macam pengemis, budak flat, muka sampah, kalau budak kampung tu, budak kampung je lah tak payah acah cakap english. Orang putih pun pandai cakap melayu. Tapi, orang putih tu pun belajar. Jadi apa salahnya orang Melayu pun belajar bahasa lain?

“Tak semestinya kita belajar bahasa orang tu kita agungkan… No, it’s all for knowledge. Macam dulu kita pernah dijajah oleh Jepun, kita belajar bahasa jepun… apa salahnya. boleh carut dia orang dalam bahasa Jepun itu fuction dia sebenarnya.

“The reason why you never saw any negativity on my comments.. it”s because i always either deleted or blocked. Sebab ini adalah diary Aqish, my home. Saya tak akan biarkan mereka berkampung dalam sosial media saya,” ulasnya.

Tegasnya, walaupun sering menggunakan bahasa Inggeris namun itu tidak bermakna dia melupakan identitinya sebaliknya sebagai anak seni dia mahu terus belajar.

“Saya Melayu, saya makan belacan saya makan petai dan saya boleh cakap English. Pakej! Why not?

“Tapi Aqish tahu ramai supporters Aqish yang kena gelak ramai-ramai dan kena back handed compliments bila mereka belajar English. Tapi tak kisahlah bahasa apapun kalau mereka kata fake atau try hard, if they say you are trying too hard, you doing something right… try harder!

“Of course i can speak Malay sebab saya Melayu dan kalau nak mencarut dalam bahasa Melayu pun lagi pekat sebenarnya,” jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata pengikut Aqish memuji sikapnya yang tidak mudah terpengaruh dengan perkara negatif.

Bahkan, ramai yang teruja mendengar loghatnya berbahasa Inggeris.

“Function belajar bahasa lain boleh carut dalam bahasa mereka. Aku setuju!

“Mak ai, british accent dia power!

“Betul tu Aqish, aunty yang tua ni pun masih belajar bahasa Inggeris lagi. still learning.

“Dengar Aqish cakap dah macam tengok filem Harry Potter,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

ZIZAN RAZAK BAKAL TEMBUSI PASARAN INDONESIA, BERLAKON DENGAN RAFFI AHMAD

Bakal bergandingan dengan suami kepada pelakon Nagita Slavina, Zizan dijangka memulakan penggambaran tak lama lagi. Tahniah Zizan!

Trending Fri, 17 May 2019

Anak Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Indonesia

Pasangan ini merancang untuk berkahwin Disember nanti.

Hiburan Wed, 22 Jan 2025
Trending Fri, 24 Aug 2018

Tiga Pelajar Hilang Akibat Taufan Cimaron

Hujan lebah tanpa henti yang menyerang pulau utara, Hokkaido turut menyebabkan kerosakan dan kelewatan ketara pengangkutan.

Trending Tue, 2 Apr 2019

经典女鬼加入「戽斗星球」扭蛋家族!进化版居然长这样……

经典女鬼贞子加入「戽斗星球」家族!进化版居然长这样子……

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

萧敬腾大马站门票1小时售出6 成!3票价已售罄

「金曲歌王」萧敬腾汹汹来袭!大马站演唱会门票昨日(12日)上午11 时通过网路与热线全面公开发售,首一小时就售出六成门票。

Featured Thu, 19 Sep 2024

Didakwa Berlagak Jadi Hero Malaysia, Caprice Dedah Wajah Individu ‘Biadap’…. Mahu Ludah Muka Isteri

Mak aih, berani betul sampai nak ludah muka isteri orang😡😡😡

Featured Tue, 26 Apr 2022

Iman Troye Dedah Teman Lelaki? Peminat Lelaki Patah Hati

Peminat lelaki patah hati dapat tahu Iman Troye sudah berpunya.

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Hamil Anak Kedua, Tahniah Amyra Rosli!

Kalau boleh nak rahsiakan dulu tetapi tak sangka Amar sudah umumkan berita kehamilan ini sempena hari jadinya hari ini.

error: Content is protected !!