Categories: Konsert

Butterfingers Imbau Nostalgia, Hadiah Buat 6,000 ‘Royal Butters’

Konsert kumpulan rock legenda Butterfingers pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia.

Menerusi Konsert Malayneum 23 yang bertempat di Stadium Malawati baru-baru ini, Butterfingers telah berjaya menghiburkan 6,000 peminat, sekali gus mengimbau nostalgia bersama ‘Royal Butters’

Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh kumpulan rock legenda Malaysia ini

@xtra_my All over again and again coming over never again and again and again this.. Why? 🔥🔥 The chemistry gaisss!! Lagu famous #butterffingers 💯🤘🏼 #fyp #xtramy #thechemistry #konsert #malaysia #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Konsert Malayneum 23 Butterfingers yang diadakan di Stadium Malawati itu sekali lagi dipilih bagi mengimbau magis kejayaan kejayaan Konsert Transcendence 20 Tahun di Stadium Malawati pada 2 November 2019.

Justeru, Butterfingers tidak dinafikan memaparkan persembahan bertenaga meskipun sudah agak berusia. Malah, peminat yang hadir juga dalam lingkungan usia dengan empat pemuzik ini.

Dalam pada itu, peminat setia Butterfingers iaitu penyampai radio Hot FM yang juga bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ turut hadir pada malam mengimbau nostalgia itu

Antara lagu turut dipersembahkan termasuklah No One Else, Antidotes, State Of Abbysmal, Ugly, Faculties, Floating In A Vacuum, Mating Season, Pretty Rain, Royal Jelly, The Chemistry, Epitome, Garden C, Pacific, Viopipe, Wet Blanket, Skew, To Gather, E, Sad Sunday, Sober, Chrome, Inhale dan Suddenly.

Konsert berakhir pada hampir jam 12 tengah malam itu ditutup dengan segmen ‘encore’ menerusi lagu Jump And Dive dan Tahun 2001.Konsert kumpulan rock legenda Butterfingers pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia.

Menerusi Konsert Malayneum 23 yang bertempat di Stadium Malawati baru-baru ini, Butterfingers telah berjaya menghiburkan 6,000 peminat, sekali gus mengimbau nostalgia bersama ‘Royal Butters’

Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh kumpulan rock legenda Malaysia ini

Konsert Malayneum 23 Butterfingers yang diadakan di Stadium Malawati itu sekali lagi dipilih bagi mengimbau magis kejayaan kejayaan Konsert Transcendence 20 Tahun di Stadium Malawati pada 2 November 2019.

Justeru, Butterfingers tidak dinafikan memaparkan persembahan bertenaga meskipun sudah agak berusia. Malah, peminat yang hadir juga dalam lingkungan usia dengan empat pemuzik ini.

Dalam pada itu, peminat setia Butterfingers iaitu penyampai radio Hot FM yang juga bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ turut hadir pada malam mengimbau nostalgia itu

Antara lagu turut dipersembahkan termasuklah No One Else, Antidotes, State Of Abbysmal, Ugly, Faculties, Floating In A Vacuum, Mating Season, Pretty Rain, Royal Jelly, The Chemistry, Epitome, Garden C, Pacific, Viopipe, Wet Blanket, Skew, To Gather, E, Sad Sunday, Sober, Chrome, Inhale dan Suddenly.

Konsert berakhir pada hampir jam 12 tengah malam itu ditutup dengan segmen ‘encore’ menerusi lagu Jump And Dive dan Tahun 2001.

Afiq Kandi