Categories: Konsert

Letto 20th Anniversary Isi Ruang Rindu Lebih 2,000 Peminat Kuala Lumpur

Konsert band pop popular 2000-an Indonesia Letto pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia.
Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur merupakan konsert menyambut 20 tahun berkarya didalam industri muzik, dimana Letto mempersembahkan 20 buah lagu dengan ramuan Istimewa yang sememangnya memberikan sesuatu yang mengubat rindu kepada peminat Letto yang menyaksikan persembahan pada malam itu.

Kejayaan konsert Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada jumaat lalu berjaya menyatukan 2,400 peminat.


Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut memuatkan sebanyak 20 buah lagu hits Letto seperti Ruang Rindu, Sebelum Cahaya, Permintaan Hati, Layang-Layang dan banyak lagi.

Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh band pop popular Indonesia ini

Dalam pada itu, malam konsert tersebut bertambah meriah apabila hadirnya penyanyi baharu Dahlia Farhana yang mencuri tumpuan apabila melakukan persembahan pembukaan sekali gus berduet bersama band Letto menerusi lagu Senyumanmu

Yang lebih istimewanya konsert kali ini adalah kumpulan 7 orang Gamelan yang dibawakan khas dari Yogyakarta, Indonesia untuk mengiringi konsert Letto serta memberikan satu kelainan dan harmoni yang sungguh luar biasa menakjubkan.


Sekadar info, Letto merupakan kumpulan yang berasal daripada Yogyakarta yang ditubuhkan pada 2004, sangat terkenal dengan lagu-lagu hits pop melankolik dan sarat dengan mesej-mesej tersurat melalui seni lirik dan sastera bahasa yang penuh rasa dan makna.

Afiq Kandi