Categories: Filem

Tonton Apa Hari Ni: ‘Town Mall 2’

Filem ‘Town Mall’ kini ada sambungannya iaitu ‘Town Mall 2.’ Filem ini menyoroti watak Ariani, seorang Pengurus Projek di syarikat binaan, Permata Berhad.

Ariani telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan projek bagi menyambung semula pembinaan Bangunan Town Mall. Projek tersebut telah terbengkalai buat kali ketiga setelah gangguan mistik serta kematian pengurus projek yang bernama Rusdi yang berlaku enam bulan yang lepas.

Khidmat pawang untuk mengusir entiti paranormal yang bertapak di bangunan tersebut telah dilaksanakan sebagai usaha untuk melancarkan kerja-kerja pembinaan. Namun, ia seperti sia-sia sahaja kerana masalah gangguan masih berlaku. Cermin pecah adalah antara kejadian yang menyukarkan projek ini.

Gangguan tidak terhad di lokasi bangunan itu sahaja. Sejak menguruskan projek Town Mall itu, Ariani juga sering mendapat mimpu yang berulang. Ia seperti memberinya suatu petunjuk. Namun, pastinya, ia tidak semudah mendapat mimpi sahaja untuk menyelesaikan masalah mistik ini.

Mampukah Ariani kekal kental untuk menyiapkan projek ini atau adakah dia juga akan berdepan dengan nasib yang sama seperti Rusdi?

Cerita Apa? ‘Town Mall 2’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton

Afiqah Azizan