Categories: Konsert

Santai & Penuh Kejutan, Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur Sukses

Konsert penyanyi popular, Faizal Tahir pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia.

Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur merupakan konsert sulung pemilik nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir sepanjang 17 tahun berkarya.

Kejayaan konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) pada Sabtu lalu berjaya menyatukan lebih 3,000 peminat.

Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut memuatkan sebanyak 21 buah lagu hits Faizal seperti Mahakarya Cinta, Cuba, Negaraku, Sampai Syurga, Sejati, Ragaman dan banyak lagi.

@xtra_my Malamni min lanje korang konsert Faizal TahiršŸ„³ Terimalah lagu Cuba!! ni mesti lagu galau korang dulu2 kan?šŸ¤Ŗ #fyp #xtramy #faizaltahir #live #kualalumpur #konsert #beritaditiktok #sembangentertainment ā™¬ original sound ā€“ XTRA

Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyanyi popular Malaysia ini.

Dalam pada itu, malam konsert tersebut bertambah meriah apabila hadirnya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mencuri tumpuan apabila diundang oleh Faizal ke atas pentas dan sudi berduet secara spontan menerusi lagu Dirgahayu.

Alif Satar juga turut tampil ke pentas untuk sama-sama menyampaikan lagu Gemuruh.

Santai dan penuh kejutan, Konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur berlangsung sukses dan pastinya meninggalkan memori manis kepada peminat.Konsert penyanyi popular, Faizal Tahir pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia.

Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur merupakan konsert sulung pemilik nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir sepanjang 17 tahun berkarya.

Kejayaan konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) pada Sabtu lalu berjaya menyatukan lebih 3,000 peminat.

Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut memuatkan sebanyak 21 buah lagu hits Faizal seperti Mahakarya Cinta, Cuba, Negaraku, Sampai Syurga, Sejati, Ragaman dan banyak lagi.

Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyanyi popular Malaysia ini.

Dalam pada itu, malam konsert tersebut bertambah meriah apabila hadirnya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mencuri tumpuan apabila diundang oleh Faizal ke atas pentas dan sudi berduet secara spontan menerusi lagu Dirgahayu.

Alif Satar juga turut tampil ke pentas untuk sama-sama menyampaikan lagu Gemuruh.

Santai dan penuh kejutan, Konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur berlangsung sukses dan pastinya meninggalkan memori manis kepada peminat.

Afiq Kandi