Konsert By: Afiq Kandi September 4, 2023 @ 1:47pm

Santai & Penuh Kejutan, Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur Sukses

Konsert penyanyi popular, Faizal Tahir pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia.

Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur merupakan konsert sulung pemilik nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir sepanjang 17 tahun berkarya.

Kejayaan konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) pada Sabtu lalu berjaya menyatukan lebih 3,000 peminat.

Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut memuatkan sebanyak 21 buah lagu hits Faizal seperti Mahakarya Cinta, Cuba, Negaraku, Sampai Syurga, Sejati, Ragaman dan banyak lagi.

@xtra_my Malamni min lanje korang konsert Faizal Tahir🥳 Terimalah lagu Cuba!! ni mesti lagu galau korang dulu2 kan?🤪 #fyp #xtramy #faizaltahir #live #kualalumpur #konsert #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyanyi popular Malaysia ini.

Dalam pada itu, malam konsert tersebut bertambah meriah apabila hadirnya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mencuri tumpuan apabila diundang oleh Faizal ke atas pentas dan sudi berduet secara spontan menerusi lagu Dirgahayu.

Alif Satar juga turut tampil ke pentas untuk sama-sama menyampaikan lagu Gemuruh.

Santai dan penuh kejutan, Konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur berlangsung sukses dan pastinya meninggalkan memori manis kepada peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Konsert Wed, 27 Sep 2023
Featured Sun, 30 Apr 2023
Events Fri, 27 Jan 2023
Konsert Tue, 14 Nov 2023

Konsert Malam Galau ST12, Disambut Meriah Peminat Malaysia

Konsert band popular Indonesia ST12 pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia Konsert malam galau ST12 merupaka kolaborasi pengiat seni serumpun apabila berjaya satukan pengkarya muzik dua negara menerusi kerjasama bersama Malam […]

Featured Fri, 5 May 2023
Featured Wed, 18 Jan 2023

AJL 37: Selepas Lama Berehat, Jihan Muse Buat ‘Comeback’! Teruja Bakal Mengacara Bersama Sherry Alhadad

Woww, gandingan host yang sangat hebat! Jihan & Sherry confirm meletop AJL 37 pada 12 Februari nanti 🤩🤩