Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 24, 2018 @ 9:04am

Krisis Politik Perlis, UMNO Perlis Rayu Tun M Masuk Campur?

Krisis politik Perlis nampaknya meruncing apabila Datuk Seri Azlan Man yang baru dilantik oleh Raja Perlis sebagai Menteri Besar pagi tadi dipecat serta-merta daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi BN Perlis yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemecatan itu dibuat berikutan Azlan tidak mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang lain. 

“Azlan tidak ikut keputusan BN, maka kami di peringkat negeri sudah sahkan bahawa dia dipecat.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk buat pemecatan di peringkat pusat kepada mana-mana pihak yang berunding dengan pihak lain tanpa kebenaran,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha BN Perlis yang baharu dilantik sebagai Timbalan Pengerusi parti negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan sembilan ADUN BN yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 di negeri tersebut.

Mengulas lanjut, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau menganggap pelantikan Azlan itu sebagai tidak adil kerana pelantikannya bukanlah melalui sokongan majoriti.

Menurutnya, pemilihan Menteri Besar wajar dibuat mengikut sokongan majoriti walaupun terdapat klausa yang membenarkan raja melantik orang lain dalam situasi majoriti tergantung.

“Kami menghormati institusi beraja sejak dulu hingga sekarang tetapi kami berhak tentukan siapa pemimpin kami.

“Seminggu sebelum raya nanti, semua sembilan Adun BN ini akan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk lantikan Menteri Besar yang dipilih,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan turut meminta Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk memberikan pandangan dari segi undang-undang berhubung lantikan Azlan sebagai Menteri Besar.

“Saya minta Sultan Nazrin sebagai pakar undang-undang untuk memberi pendapat tentang perkara ini kerana baginda juga pernah bagi pandangan tentang pelantikan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini. 

“Saya juga merayu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk campur tangan supaya pemilihan Menteri Besar mestilah daripada individu yang dapat sokongan majoriti dan bukan dipilih oleh raja atau gabenor,” katanya.

Azlan, 60, ADUN Bintong, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua dihadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Balai Menghadap, Istana Arau pagi tadi.

Majlis mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan Menteri Besar itu bagaimanapun tidak dihadiri sembilan ADUN BN negeri.

Hanya dua ADUN Pas dan tiga ADUN Pakatan Harapan yang hadir pada majlis itu. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Sat, 17 Jan 2026

Foto Kahwin Curi Perhatian, Kasih Iris Leona Perjelas Situasi Sebenar – “Jangan Cakap Suami, Boyfriend Pun Tak Ada Untuk Saya Update”

Kalau saya nak kahwin, saya punya cincin 10 kilometer boleh nampak batunya. – Kasih Iris Leona

Featured Thu, 2 Nov 2023

Impian Cakra Khan Tercapai, Tampil Konsert Solo Diiringi Orkestra Bersama Datuk Ramli MS

Fuh, mesti gempak konsertnay mas Cakra!❤️‍🔥 Tambah pulakada Datuk Ramli🧡

Featured Mon, 14 Jul 2025

“Tolonglah! Jangan Kaitkan Nabila Huda” – Shila Amzah

Shila sekali lagi menegaskan Abil tiada kaitang dengan isu tular.

Trending Tue, 8 May 2018

埃及图坦卡门墓墙后秘室「根本不存在」

埃及官方先前「90%确定」法老王图坦卡门著名的坟墓背后存在一个秘室;但最新研究显示,墓墙背后根本没有秘室!

error: Content is protected !!