Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida March 8, 2018 @ 7:29am

Ku sangkakan kucing, bayi rupa-rupanya!

Putih dan bulat matanya, tergamak pula si ibu meninggalkan anak secomel ini di dalam bag! Haihhh…punyalah ramai ibu di luar sana yang berusaha mahu memiliki zuriat sendiri, ibu ini pula tergamak membuang si kecil ini…apa nak jadi ni?

Kejadian yang berlaku di Kampung Batu Dua Sepintas, Sabak Bernam ini menyaksikan seorang suri rumah terkejut menemui seorang bayi lelaki dibiarkan keseorangan di sebuah surau.

“PADA mulanya, saya menyangkakan bunyi yang datang dari tempat solat wanita itu kucing bergaduh, tapi rupanya tangisan bayi lelaki dalam beg sandang biru gelap,” kata suri rumah, Suraya Yahya, 30.

Dalam keadaan berbalut tuala dan tudung bawal, bayi itu ditemui ketika wanita ini sedang menunggu anaknya selesai mengaji al-Quran di rumah sebelah surau berkenaan.

“Menjadi kebiasaan saya menanti anak keluar dengan meletakkan motosikal di hadapan rumah berkenaan.

“Tetapi semalam terdetik dalam hati saya meletakkan motosikal di hadapan surau dan ketika itulah, bayi berkenaan dijumpai.

“Ketika menemui bayi itu, keadaannya cukup sifat. Cuma pusatnya berdarah dan kaki serta tangan berada dalam keadaan pucat,” katanya.

Menurutnya, sepanjang empat tahun menetap di kampung itu, kejadian berkenaan adalah kali pertama berlaku pada dirinya.

“Sebelum ini, saya sering mendengar kes buang bayi melalui media cetak dan elektronik. Kali ini, saya sendiri merasai pengalaman itu.

“Mujurlah penduduk bertindak pantas menghubungi hospital. Jika tidak, mungkin bayi itu berisiko tinggi meninggal dunia,” katanya.

Katanya, dia menghubungi ketua kampung dan turut membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam untuk tindakan lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Mon, 17 Apr 2023
Featured Thu, 8 Sep 2022
Trending Sun, 10 Jun 2018

Subhanallah! Arwah Rebah Betul-Betul Depan Makam Nabi SAW

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

Trending Wed, 10 Apr 2019

Kes Kehilangan Ashraf (Acap), Pihak Polis Nafi Acap Berada Di Johor

Acap dikatakan selamat ditemui di Muar, Johor.

error: Content is protected !!