Euforia Bola 2026
Filem By: Khairil Khusyairi January 10, 2024 @ 4:21pm

Kutip RM5.2 Juta Selepas 24 Hari Ditayangkan Di Malaysia, Filem Abang Adik Turut Sukses Raih RM13.5 Juta Di Taiwan 

Filem Abang Adik berjaya mengutip RM5.2 juta selepas 24 hari ditayangkan di seluruh negara sekali gus menjadi rekod sebagai filem tempatan paling banyak ditonton.

Lebih membanggakan, filem arahan pengarah Jin Ong itu adalah filem Malaysia pertama yang memecahkan rekod tayangan di Taiwan dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM13.5 juta (NT$90mil).

Abang Adik juga telah mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton apabila menyifatkan naskhah ini sebagai paling asli, mengangkat realiti perih hidup dengan baik, tidak klise malah tidak sedikit yang mengaku gagal menahan emosi termasuk mengalirkan air mata sepanjang menonton filem ini.

“Kami sangat berbesar hati untuk berkongsi keterujaan dengan kutipan sebanyak RM13.5 juta yang diperoleh Abang Adik di Taiwan sekaligus menjadi filem pertama Malaysia yang memegang rekod tersebut.

“Lebih membahagiakan kerana kejayaan dan sejarah yang dicipta di Taiwan telah berjaya dikekalkan sehingga ke Malaysia.

“Pencapaian yang diperoleh di Malaysia menjadi pembuka tahun 2024 yang sangat manis buat kami.

“Kejayaan Abang Adik tidak akan berhasil tanpa kerja keras, toleransi, bakat-bakat besar yang bergabung dalam filem ini dan tentu sekali dengan sokongan luar biasa penonton yang hadir ke pawagam dan menonton naskhah ini.

“Kami juga sangat berterima kasih dan terharu dengan respons serta komen-komen positif dan publisiti percuma menerusi reviu serta perkongsian dan gesaan kepada semua yang belum pernah menonton Abang Adik untuk datang ke pawagam dan menonton.

“Dengan sokongan peminat yang menghargai karya kami, Abang Adik dapat memperoleh kutipan pecah panggung untuk menutup tahun 2023 dan membuka kedatangan 2024.

“Terima kasih yang sebesarnya buat semua. Dan jangan berhenti mewarwarkan Abang Adik yang masih ditayangkan di beberapa pawagam kepada yang belum menonton.

“Dengan perolehan yang cukup memberangsangkan ini juga kami berharap agar penonton terus menyokong pembikinan filem Malaysia yang lain. Semoga filem Malaysia terus bersemarak dan membuka mata dunia tentang kehebatan karyawan seni tempatan,” ujar Jin Ong.

Sepanjang ditayangkan di festival-festival di luar negara, Abang Adik juga telah menerima pengiktirafan dunia apabila mencipta sejarah sebagai filem Asia Tenggara pertama yang menyapu bersih tiga hadiah utama di Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali pada April 2023.

Naskhah ini malah berjaya membawa pulang trofi Golden Mulberry, Black Dra Critics dan Anugerah White Mulberry untuk filem cereka terbaik. Kang Ren juga dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Golden Horse Ke-60 untuk peranannya sebagai lelaki bisu dalam filem itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 May 2024
Featured Tue, 16 Mar 2021

Pakar Kesihatan Cadang Kekalkan Larangan Rentas Negeri Sehingga Mei

Larangan rentas negeri perlu terus berkuat kuasa sekiranya jangkitan COVID-19 ingin dikurangkan sehingga berada di bawah paras 500 kes. Menurut pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun, sekatan rentas negeri bagi menghalang […]

Trending Thu, 12 Mar 2020
Featured Wed, 5 Apr 2023
Events Wed, 30 May 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Gabungan Tempatan, Asia & Barat di Sunway Putra Hotel

Mahu kelainan dalam seleksi berbuka? Punya kegemaran eksotik gabungan menu dunia Timur dan Barat? Atau meraikan rakan sepejabat yang berlainan citarasa? Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan konsep gerai makanan pelbagai sehingga penghujung Ramadan ini! […]

error: Content is protected !!