Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 10, 2019 @ 10:24pm

Lagu Sama Versi Berbeza, Shiha Zikir Akui Minta Izin Diva Indonesia

Penyanyi Shiha Zikir mengaku risau merakamkan semula lagu nyanyian Kris Dayanti, Pilihlah Aku dalam versi dangdut.

Kata Shiha ketika ditemui di konsert Lazada 11.11 Super Show, dia ada menghubungi diva Indonesia terkenal itu sebelum masuk ke studio merakam lagu berkenaan.

“Saya risau pasti ada netizen yang membandingkan cara penyampaian kami dalam lagu. Tetapi saya tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak mencuba sesuatu yang baharu.

“Beliau juga mengucapkan selamat kepada saya agar mudah blend dengan lagu ini. Memang rasa teruja kerana penyanyi asal juga memberi semangat kepada saya untuk melakukan yang terbaik,” katanya optimis.

Single Pilihlah Aku siap dirakam dalam versi dangdut dan bakal diedarkan ke seluruh platform digital pada bulan depan.

Tambah Shiha, dia turut mendapatkan bantuan daripada guru vokal ketika proses rakaman berjalan.

“Sebelum ini saya pernah menyanyikan lagu dangdut cuma di mana-mana acara persembahan. Kali ini tekanan itu memang terasa memandangkan lagu ini nyanyian asal diva Indonesia.

“Saya harap peminat di Malaysia dan Indonesia suka lagu ini dalam rentak yang lebih segar,” akhiri Shiha. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 Jan 2019
Hiburan Tue, 12 May 2026

Tiz Zaqyah Hilang Keterujaan Berlakon, Akui Dalam Fasa Burnout – “Terus Rasa Anxiety”

Tiz turut tidak menafikan dirinya kini berada dalam fasa burnout selepas terlalu lama memendam dan memaksa diri untuk terus bekerja.

Featured Thu, 26 Jun 2025
Events Mon, 26 Mar 2018

AV Actresses Who Just Debuted as KPOP Girl Group Releases First Song

People aren’t exactly happy about it though.

Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Hiburan Wed, 13 Aug 2025
Featured Thu, 2 Oct 2025

Kapsyen Curi Perhatian, Alif Satar Kongsi ‘Teguran Sentap’ – “Cinta Dunia Tapi Takut Mati…. Itu Kita Lah!”

Menerusi kapsyen pendek itu, Alif berkongsi petikan hadith Nabi SAW yang sarat dengan peringatan.

Featured Thu, 19 May 2022
error: Content is protected !!