Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 25, 2023 @ 9:27am

Lama Menghilang Di Instagram, Penampilan Terkini Zizie Izette Buat Ramai Terpukau – “Beautiful! Like A Princess From Disney Movies!”

Setelah sekian lama tidak aktif di Instagram, pelakon jelita, Datin Seri Zizie Izette, 45, kembali berkongsi foto terbaharu di laman sosial terbabit.

Memuat naik gambar sempena sambutan Syawal, Zizie anggun mengenakan busana rona hijau sedondon bersama anak-anaknya untuk meraikan 1 Syawal.

Di hari kedua Aidilfitri, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2003 itu manis memperagayakan busana warna ungu lembut.

Di ruangan komen, rata-rata rakan dan pengikut Zizie teruja dengan kemunculan semula aktres berbakat ini di platform Instagram.

Peminat turut meluahkan kerinduan untuk melihat perkembangan anak-anak yang sering dikongsikan Zizie sebelum ini laman sosial terbabit.

Sekadar info, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 2009.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu kembar Aadam Zac Izette, 6 dan Aaleph Zeke Izette, 6, serta Aalisa Belle Izete, 4.

Selain itu, Zizie dan suami juga mempunyai dua anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 8, dan Aaric Zayn Izete, 6.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Mar 2022
Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Hiburan Sat, 9 Nov 2024

Pasangan Nadeera Dalam Lagu Cinta Kita 2, Khareez Kasbulah Nak Buat Comeback… Join Uji Bakat Calpis Soda One In A Million di Penang

Juara Lagu Cinta Kita 2, Khareez Kasbulah turut menyertai uji bakat Calpis Soda OIAM di Pulau Pinang!

Featured Thu, 8 Apr 2021

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial. Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang […]

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

PANAS! FARID KAMIL BAKAL KENA SAMAN

Taj dan Osh akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka berhubung kes Datuk Farid Kamil

Featured Thu, 9 Mar 2023
Featured Thu, 17 Nov 2022

“Sembuh Tidak Pernah Ada Untuk Orang Kehilangan” – Pesanan Ustaz Abdul Somad Undang Hiba Warganet

Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS), tular di media sosial kerana mengulas berkenaan kehilangan seseorang di dalam kehidupan. @specialbear_ “sakit yang tiada ubat” 💔#ustazabdulsomad #fyp #kehilangan #healingtiktok ♬ Pilihan Yang Terbaik Sadvibes Version – […]

error: Content is protected !!