Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 2, 2023 @ 9:15pm

Lebih Dua Dekad Dalam Industri Seni, Siti Nurhaliza Pasang Impian Buka Galeri Khas – “Lebih Bagus Saya Buat Sendiri Sebab…”

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memasang impian untuk mewujudkan galerinya sendiri sebagai ingatan kepada peminat-peminatnya untuk melewati kisah kejayaan dan perjalan karier seninya.

Menurut Siti, dia dan pegurusnya ada memikirkan perkara tersebut namun belum mempunyai kata putus.

“Saya sendiri juga terfikir untuk wujudkan galeri saya di Kuala Lipis, Pahang.

“Mungkin saya perlu masa dan ruang untuk duduk dan berbincang lebih serius lagi, sebagai ingatan dan kenangan.

“Saya terfikir di suatu tempat, mungkin di Kuala Lipis atau Kuala Lumpur, itu apa yang saya dan pengurus fikirkan dan bincang. Tapi masih belum direalisasikan,’ kongsinya ketika ditemui XTRA pada majlis pelancaran album studio ke-20 Siti iaitu Sitism, baru-baru ini.

Tambah pelantun lagu Magis ini lagi, dia lebih selesa sekiranya galeri tersebut diwujudkan hasil inisiatifnya sendiri.

“Sememangnya setiap legenda ini perlu ada satu tempat yang boleh jadi rujukan untuk peminat-peminat.

“Cuma kita perlu betul-betul serius sebab dia adalah fakta dan barang-barang yang menggamit memori dan kejayaan.

“Lebih bagus saya buat sendiri sebab ia daripada diri kita sendiri, kalau orang luar mungkin fakta itu kurang tepat dan sebagainya,” ujarnya.

Siti berkata demikian apabila diminta media untuk mengulas mengenai keadaan terkini rumah legenda tanah air, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang dikatakan terbiar tanpa dibaiki.

“Bagi saya sepatutnya ada pihak tertentu untuk menjaga warisan dan khazanah yang boleh diajadikan rujukan. Kerana beliau seorang legenda dalam muzik yang banyak beri kejayaan pada negara.

“Sedih apabila saya dapat tahu perkara tersebut, tapi setiap perkara pasti ada alasannya, kita tak tahu sebab apa yang berlaku.

“Saya juga pernah buat konsert tribute kepada Allahyarham, memang segala bahan CD memang dijaga rapi oleh keluarganya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Siti kini muncul dengan album Sitism yang memuatkan 12 buah lagu dan mula dilancarkan di seluruh pelantar digital bermula 8 September 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dedah Alami Masalah Peti Suara, Rakam Album Sitism Sebanyak Dua Kali  

ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan Istimewa Bersama Awie Pelengkap Album Deluxe Sitism Siti Nurhaliza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2024
Trending Sat, 19 May 2018

Netizen Terpukau Ucapan Tahniah Duta Perancis Dalam Bahasa Melayu

video ucapan tahniah Frederic itu disampaikan dalam bahasa Melayu sekali gus mendapat pujian daripada netizen Malaysia.

Hiburan Tue, 16 Dec 2025
Hiburan Wed, 22 Jan 2025
Trending Sat, 27 Mar 2021

Dana Dalam Tabung Merah RMHC Di McD Untuk Siapa? Ha, Ini Yang Patut Anda Tahu…

Untuk memelihara generasi masa hadapan, kebajikan kanak-kanak di Malaysia perlu diberikan keutamaan, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Kempen Baik Semula RMHC Malaysia dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Media Prima mengajak […]

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Hanis Zalikha Jual Minyak?

Minyak masak macam Alif Satar ke?

error: Content is protected !!