Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom April 30, 2019 @ 12:00pm

Lebih setahun simpan rahsia, akhirnya Michael Ang mengakui dirinya kini Islam!

Enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya terutama tindakannya mengunjungi masjid untuk menunaikan solat Jumaat, pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang, akhirnya membuat pengakuan Islam adalah agama yang dianuti sejak setahun yang lalu.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar Muslim. Saya sudah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hello all! I am so happy that #StarvilionBalikRayaFashionShow2019 is successfully done & my collection, MICHAEL ANG X STARVILION is officially released! . And it only means one thing. You can starts shopping for the whole collection at @starvilion! . Pre-order is now open. Follow @starvilioncatalogue to get information on each design. Start scrolling, measuring & select your favorite pieces, everyone! . Raya shopping mood is on, visit @starvilion today! . #StarvilionBalikRaya2019 #StarvilionExpress #starvilion #thisisstarvilion #beyourownstar #RTWfashionhub #michaelangxstarvilion

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

“Sejujurnya, selama saya mendalami Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari. Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini.

“Sebenarnya, kalau boleh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah SWT, katanya secara ekslusif menerusi laman Youtube Official Ria X pada Selasa.

Sementara itu, pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini meminta peminat mendoakan yang terbaik dan berharap penghijrahannya ini diberkati.

“Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT,” katanya yang sudah mula belajar berpuasa sejak tahun lalu.

Menerusi posting terbaru yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Michael Ang, berkongsi gambar tertera laungan ‘Allahuakbar’ yang dilengkapi kapsyen menyentuh hati. 

“Assalamualaikum! Saya budak baru, kalau ada salah tolong tegur. Doakanlah yang baik-baik. Maaf saya rahsiakan ini lebih dari setahun. Cuma saya rasa perkara ni adalah antara saya dengan Allah dan keluarga saya.

“Kalau nak tengok pengakuan saya, tengoklah video ini (disertai dengan link),” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 May 2023
Fab Foodies! Mon, 17 Mar 2025

[Muzik Video] Mak Anak Tiga Kongsi Cara Jadikan Hari Raya Lebih Ceria Dengan Fanta Resipi!

Raya dah dekat… korang dah tahu ke apa nak buat pada tahun ini agar sambutannya lebih meriah? Bukan apa, makan kuih raya, lemang, ketupat dan rendang dah terlalu mainstream. So, jom kita dengar perkongsian dari […]

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Wed, 17 Mar 2021

PEMERKASA: Bantuan One Off Sebanyak RM500 Kepada B40, Penerima BPR Mulai…

Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif terbaru rakyat terjejas akibat pandemik COVID-19. Menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi ( PEMERKASA), kerajaan akan memberikan bantuan tunai one off sebanyak RM500 kepada B40 […]

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Bagi Saya Jefri Nichol Seorang Yang Perfect” – Ameera Khan Beri ‘Hint’ Bakal Menetap Di Indonesia?

Kata Ameera, Jefri merupakan seorang yang sempurna selain selalu melayannya dengan baik.

error: Content is protected !!