Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2024 @ 6:08am

Lejen & Otai Bakal Dihimpunkan Dalam Konsert Megahitz 3 Dekad Vol 1

Peminat muzik tanah air bakal dihidangkan dengan malam penuh nostalgia menerusi Konsert Megahitz 3 Dekad Vol 1 yang menghimpunkan sembilan bintang terkemuka yang pernah memeriahkan industri muzik Malaysia.

Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 25 Januari 2025 di Zepp Kuala Lumpur, menampilkan artis hebat seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Datuk Hattan, Man Bai, Ramlah Ram, Zur Eda, Noorshila Amin, Andy Flop Poppy dan Amir Masdi.

Konsert ini diadakan sebagai penghormatan kepada tiga dekad kegemilangan industri muzik tempatan, menonjolkan gabungan artis legenda dari pelbagai genre muzik, termasuk pop, rock dan balada.

Dengan konsep ‘back to the 80’s & 90’s, konsert ini dijangka membawa pengalaman unik kepada peminat muzik tempatan, selain menawarkan kolaborasi eksklusif yang jarang sekali disaksikan di pentas yang sama.

Penonton akan dihidangkan dengan 22 lagu yang pernah dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu, termasuk karya yang telah memenangi anugerah berprestij itu. Selain itu, kemunculan istimewa Kid Search, pemain gitar asal kumpulan Gersang, yang akan mempersembahkan lagu Masih Aku Terasa, pasti mencipta momen tidak terlupakan.

Menurut Afiezan Shah Mohd Zahari, Pengasas dan Pengarah Pentas 365 Events selaku penganjur, konsert ini bertujuan meraikan artis lagenda sambil mengimbau kegemilangan era muzik Malaysia.

“Konsert ini bukan sekadar platform untuk menghormati ikon muzik tanah air, tetapi juga untuk membawa penonton kembali ke zaman kegemilangan industri muzik kita. Setiap penyanyi yang terlibat telah meninggalkan impak besar dalam seni muzik Malaysia, dan kami berbesar hati dapat menawarkan malam yang penuh kenangan serta muzik berkualiti tinggi,” katanya.

Afiezan turut menyeru penonton untuk bersama-sama mengenakan pakaian bertema retro, menambah keunikan dan kenangan malam konsert yang diterajui oleh pengarah muzik Shah Slam.

“Kami ingin menjadikan konsert ini sebagai perayaan luar biasa yang akan dikenang sepanjang hayat, di mana muzik membawa peminat bersama untuk meraikan perjalanan indah industri muzik kita,” tambahnya.

Tiket untuk konsert ini telah mula dijual sejak 29 September 2024 dan boleh didapati melalui www.myticketempire.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Dec 2019

80’s Singer Nassier Wahab Passed Away, Battled With Cancer

May God bless and comfort the family family during this difficult period; please accept our sincere condolences.

Hiburan Sun, 28 Jan 2024
Featured Wed, 10 Aug 2022

Didakwa Lupa Diri Selepas Capai Populariti, Ini Respons Iman Troye – “Apa Yang Berlaku Disebabkan…”

“Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi” – Iman Troye

Hiburan Sat, 17 Mar 2018

Awi Rafael dan Atikah Suhaime Bertunang

Artis jelita berusia 27 tahun itu menulis bahawa dirinya percaya Tuhan akan mempermudahkan segala perancangan, tanpa menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Hiburan Wed, 2 May 2018

Fikir Sebelum Cakap – Nita Hamzah

Kecaman mula timbul apabila netizen menganggap gaun pengantin Nita dilihat terlalu seksi dan jarang terutama pada bahagian bahu hingga dadanya.

Featured Thu, 17 Nov 2022
error: Content is protected !!