Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin May 24, 2019 @ 8:44pm

Lelaki ini ditampar 52 kali oleh teman wanita gara-gara tidak dibelikan telefon pintar

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Apakah reaksi anda jika menyaksikan pergaduhan antara sepasang kekasih di jalanan?

Keluarkan telefon bimbit dan mula merakam atau membantu meleraikannya?

Inilah yang terjadi kepada pasangan di China ini yang dilihat berselisih faham hanya disebabkan oleh telefon pintar!

Dalam kejadian itu, lelaki terbabit ditampar sebanyak 52 kali sambil dimarahi oleh teman wanitanya yang berang kerana tidak diberikan hadiah yang diingini ketika sambutan Hari Kekasih.

Foto: World of Buzz

Foto: World of Buzz

Di China, tarikh 20 Mei dianggap sebagai Hari Kekasih dan banyak gambar yang dimuat naik di media sosial akan didedikasikan bersempena dengan tarikh ini.

Lebih mengejutkan, apabila polis ingin meleraikan pergaduhan berkenaan, lelaki tersebut masih mempertahankan tindakan teman wanitanya.

Dia menegaskan bahawa itu adalah satu-satunya cara untuk meredakan kemarahan kekasih hatinya.

Sumber mengatakan teman wanitanya menanggung kebanyakan perbelanjaan lelaki terbabit.

Mungkin sebab itulah pergaduhan itu berlaku?

Bagaimanapun, mereka berjanji untuk menyelesaikannya secara peribadi dan tidak akan mengulangi perbuatan seperti itu lagi.

Apa pendapat anda?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Zoey Rahman & Zarina Anjoulie Turun Padang Bantu 200 Abang Rider

Pelakon, pengacara dan usahawan, Zoey Rahman turun padang membantu kira-kira 200 orang penghantar makanan. Menjalankan program kemasyarakatan anjuran jenama kosmetik miliknya, Mikaseries, Zoey memberikan fokus untuk membantu mereka yang mencari rezeki dengan menjadi ‘rider’ makanan. […]

Trending Sun, 3 Feb 2019

Bilangan Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Meningkat Dari Tahun Lepas

Makin Membimbangkan, Bilangan Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Meningkat Dari Tahun Lepas

Hiburan Tue, 27 Sep 2022
Featured Tue, 14 Feb 2023

Susulan Langgar Perintah Injuksi, Puteri Sarah Dibenarkan Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Ira Kazar & Keluarga

Ira, Yasmin & Kazar perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen sebab langgar perintah injuksi

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Trending Mon, 7 Feb 2022

“Bila Tengok Orang Lain Buat, Saya Rasa…” – Perlahankan Rentak, Aliff Syukri Tak Mahu Lakukan Gimik Murahan

Usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 36, mula memperlahankan rentak di media sosial. Menurut penyanyi lagu Bobo di Mana ini, dia tidak mahu kembali melakukan gimik murahan untuk meraih perhatian netizen. “Kalau perasan, semenjak […]

error: Content is protected !!