Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 18, 2024 @ 10:02pm

Lewat Bayar Wang Pampasan & Gaji Selepas Diberhentikan Kerja, Bekas PA Mizz Nina Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Bekas pembantu peribadi kepada penyanyi Mizz Nina, Nur Haniza Mohd Azhar mendakwa bekas majikannya itu telah memberhentikannya kerja secara tidak adil tanpa alasan kukuh, pada 30 April lalu.

Susulan perkara itu, Haniza nekad bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi itu.

Memetik laporan mStar, peguam yang mewakili Haniza iaitu Mohamad Nasruddin Ab Rahman memaklumkan sehingga kini anak guamnya masih belum menerima sebarang pampasan seperti yang dijanjikan dalam surat pemberhentian.

“Surat pemberhentian itu diberi pada 6 Mac lalu jadi bayaran gaji pada Mac dan April perlu dibuat seolah-olah dikira dia masih bekerja.

“Apabila pihak Nina menyerahkan surat penamatan pekerjaan, mereka berjanji membayar pampasan sebelum 30 April.

“Tapi selepas 30 April pun anak guam saya masih belum menerima apa-apa bayaran,” katanya.

Tambah Nasruddin, tindakan undang-undang masih boleh dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan sebagai majikan dan pekerja walaupun anak guammnya tidak pernah diberikan kontrak kerja secara bertulis,

“Anak guam saya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Nina walaupun tiada kontrak bertulis sebelum ini kerana hubungan antara pekerja dan majikan masih wujud.

“Disebabkan itu anak guam saya bercadang untuk mengambil tindakan kerana diberhentikan kerja secara tidak adil,” jelasnya.

Difahamkan, Haniza dan Mizz Nina pernah berbincang sebelum dia diberhentikan, namun syarat yang diberikan tidak dipersetujui bekas pembantu penyanyi itu kerana disifatkan sebagai berat sebelah.

“Sebelum ini ada perbincangan dibuat iaitu sebelum anak guam saya menerima notis pemberhentian kerja. Tapi syarat-syarat yang dikemukakan dilihat berat sebelah dan tidak dipersetujui oleh Haniza.

“Disebabkan itu Nina keluarkan surat pemberhentian sebelah pihak dan sebagai majikan apabila sudah mengeluarkan surat penamatan tempoh bekerja, pekerja sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi,” jelasnya.

Sementara itu, peguam bela Haniza memaklumkan pihaknya akan membuat laporan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP).

“Laporan perlu dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir bekerja. Sekarang kami ingin pihak Nina mengambil maklum tentang perkara ini.

“Difahamkan Nina juga tidak berada di Malaysia kerana selepas aduan dibuat JPP akan memberi satu tarikh untuk perbincangan kedua belah pihak,” katanya.

Menurut perkongsian Haniza kepada mStar, dia turut berasa kesal dengan tindakan penyanyi itu yang memberhentikannya selepas 11 tahun berkhidmat sebagai pembantu peribadinya.

Kata Haniza, dia dibayar gaji sebanyak RM3,500 sebulan tetapi tidak pernah diberikan kontrak kerja bertulis, kenaikan gaji, bonus atau elaun termasuk caruman Perkeso tidak pernah dibuat

Malah, surat pemberhentian kerja juga telah dikeluarkan pada 6 Mac lalu.

Menerusi surat itu, Mizz Nina menyatakan dia bersedia memberikan sejumlah wang pampasan, pindah milik nama bagi kereta jenis Suzuki Swift dan bayaran pampasan akan dibuat pada 30 April lalu.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Mon, 18 Oct 2021

8 Tahun Kahwin, Izzue Islam Pernah Stres Ditanya Soal Anak

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui pernah berasa tertekan dengan persoalan berkaitan cahaya mata setelah lebih lapan tahun berkahwin. Menerusi temu bual bersama program Wanita Hari Ini, Izzue muncul sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapatnya […]

Hiburan Thu, 6 Nov 2025

Bawa Watak Wartawan Jenayah, Mimi Lana Kongsi Cabaran Babak Mandi Darah Dalam Filem Polong

Filem Polong arahan Zulkarnain Azhar bukan sahaja menuntut kekuatan fizikal, malah turut mencabar ketahanan Mimi Lana dari segi emosi.

Trending Mon, 16 Jun 2025

Le Nona Raih Jualan RM10 Juta, Bawa Sentuhan Elegan ke Rumah Rakyat Malaysia

Le Nona mengadakan Promosi Istimewa 2 Hari pada 16 dan 17 Jun 2025. Saksikan secara eksklusif di TV3, jam 1 petang, dan rebut tawaran menarik ini!

Featured Fri, 17 Oct 2025

“Selamat Tinggal” – Hantaran Meerqeen Cetus Tanda Tanya, Peminat Luah Rasa Risau

Meerqeen menyorot perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dia tidak akan aktif buat seketika dan…

Hiburan Mon, 11 Nov 2024

Mengaku Bersalah Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500

Shuib dan pengarah syarikat Bubblebee mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan termasuklah tunggakan caruman PERKESO tahun lalu

Hiburan Wed, 6 May 2026

“Ramai Makin Sakit Hati, Too Much Hate” – Nabila Huda Persoal Sikap Netizen Suka Menghakimi

Menurut Nabila, setiap individu mempunyai perjalanan hidup berbeza dan tiada siapa tahu ujian yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

Featured Tue, 28 May 2024
error: Content is protected !!