Categories: LIFESTYLE

Tanda Tanda Anda Seorang Yang Gelojoh Sewaktu Makan

Kita sesungguhnya sangat beruntung kerana lahir di dalam masyarakat majmuk yang kaya dengan sifat sopan santun dan penuh adab. Setiap kaum menitik beratkan adab dalam apa jua perkara yang dilakukan seharian dan salah satunya adalah adab ketika makan.

Jika tidak beradab, anda akan dilabel sebagai gelojoh walaupun anda rasa anda normal. Sejauh manakah ke”normal”an anda itu? Mari kita lihat 3 tanda-tanda seseorang itu patut digelar gelojoh.

Cakap masa makan

Ini benda paling asas sekali kerana ada sesetengah dari kita yang suka bercakap ketika makan. Apa salahnya habiskan dulu makanan tu dan baru bersembang. Ini tidak, melompat-lompat nasi jatuh atas meja, dah macam mesin masak bertih jagung.

Melepaskan angin ketika makan

“Datang tak diundang, pergi meninggalkan bau tembelang”. Memang payah untuk elakkan perkara ini daripada berlaku, tetapi terdapat segelintir yang suka kentut secara terang-terangan. Ada yang sengaja “meneran” supaya keluar bunyi turbo memecah kesunyian meja makan. Ya, kawan-kawan tahu usus anda sihat, tak perlu bangun siap tanya, “Nak dengar bunyi punggung bersiul tak?”

Kunyah makanan dengan bunyi yang kuat

Paling sakit hati bila melihat kawan-kawan mengunyah nasi tetapi keluar bunyi ibarat sedang mengunyah kulit pokok. Chupp chapp chupp chapp bunyinya.

Walaupunbegitu, bak kata pepatah “Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya”,tidak semua yang kita label gelojoh ini dianggap biadab oleh sesetengah negara luar sana. Jom lihat adab-adab makan pelik negara luar.

SGMS Enal