Categories: LIFESTYLE

4 Sebab Kenapa Pintu Bilik Air Awam Perlu Tolak Untuk Buka?

Selama ini tiada siapa yang perasaan dimana jika ke tandas awam, pintu bilik air perlu tolak untuk di buka? Atau mungkin di tempat yang lain, lain caranya . Tandas adalah sistem paip yang tujuan utamanya adalah bagi menyingkir bahan buangan manusia, kencing dan bahan najis.

Anda perlu menolak pintu tandas ke dalam bagi masuk dan juga menarik pintu ke dalam untuk keluar. Perkara ini bukanlah ciptaan secara rawak oleh pekerja yang memasangnya, namun mempunyai sebab-sebab yang tertentu.

Tidak Menghalang Lorong Atau Koridor

Masuk akal sebab ini kerana tidak akan mengganggu laluan di lorong ataupun koridor tandas yang boleh menyebabkan perjalanan orang lain terganggu

Aspek Keselamatan

Pintu tandas yang dibuka ke arah dalam sebenarnya dapat menyelamatkan anda daripada terperangkap di dalam tandas tersebut. Perkara ini adalah kerana kunci dan engsel pintu tersebut juga akan dipasang di bahagian dalam pintu.

Kawalan Bau

Nama pun tandas memang akan ada bau yang tidak menyenangkan. 

Sekiranya pintu dibuka ke arah dalam, ianya masih dapat memerangkap bau dan juga mengurangkan udara tidak menyenangkan keluar dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya, sekiranya pintu tandas dibuka dengan cara menariknya keluar, ruang yang terdedah akan menjadi lebih luas menyebabkan bau daripada tandas mudah tersebar hingga ke laluan mahupun koridor tandas di luar.

Privasi Dan Kebersihan

Sekiranya pintu tandas dibuka ke arah luar, sudut pemandangan dari luar akan menjadi lebih luas sehingga menyebabkan pengguna tandas berasa tidak selesa.

Walaupun begitu, tidak semua pintu tandas diciptakan sebegitu, namun hadir dalam bentuk yang lain seperti ‘sliding door’. Baru faham kenapa [

SGMS Enal