Categories: LIFESTYLE

5 Manfaat Hebat Aloe Vera Untuk Penjagaan Kecantikan dan Kesihatan

Semua orang tentunya mahu sentiasa sihat dan selalu kelihatan cantik, betul tak? Memang itu dah menjadi lumrah manusia, jadi tak hairanlah kalau ramai yang sanggup berhabis duit mencuba pelbagai jenis produk kecantikan dan produk kesihatan yang ada di pasaran.

Aloe vera memang cukup terkenal sebagai ‘miracle plant’ atau tumbuhan ajaib, disebabkan oleh seribu satu manfaat yang dapat diberikannya, terutama dari segi kesihatan dan kecantikan. 

Penjagaan kulit 

Ciri-ciri semulajadi aloe vera yang bersifat anti-bakteria, anti-oksida dan anti-penuaan. Gel aloe vera dapat melembapkan dan menghidrasi kulit secara semulajadi serta berupaya memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit. 

Melegakan kesan sunburn dan masalah-masalah kulit
Kalau kulit anda terkena sunburn akibat terlalu lama terdedah kepada matahari, sapuan gel aloe vera dapat meredakan dan merawat kesan tersebut. Begitu juga jika anda menghadapi masalah eczema, ruam ataupun gatal-gatal kulit disebabkan oleh gigitan serangga dan sebagainya. 

Rambut

Wanita selalu mengeluh disebabkan masalah rambut seperti rambut banyak gugur, terlalu berminyak ataupun banyak kelemumur. Gel aloe vera sememangnya berkesan untuk membersihkan serta menyejukkan kulit kepala, menghilangkan kelemumur malah dapat melebatkan rambut.

Mengurangkan ‘strecth mark’

‘Stretch marks’ juga boleh timbul akibat dari perubahan berat badan yang dialami oleh mana-mana wanita mahupun lelaki. Memang tak berapa cantiklah kalau dah ada tanda regangan pada perut, paha ataupun punggung, dan memang bukan senang nak menghilangkannya

Penjagaan gusi, gigi dan mulut

Sifat aloe vera yang anti-mikrob dan anti-bakterial juga menjadikannya mujarab untuk mengubati sakit gusi atau meredakan radang gusi. Untuk mendapatkan kelegaan segera, sapukan saja gel aloe vera di sekeliling gusi terutama bahagian gusi yang bengkak atau sakit. Untuk penjagaan umum gigi dan kesegaran mulut pula, berkumurlah dengan jus aloe vera dan kemudian bilas dengan kumuran air biasa.

Sebenarnya banyak lagi manfaat dan kelebihan aloe vera ini selain dari yang disenaraikan di atas. Tak hairanlah jika diperhatikan, begitu banyak produk kecantikan dan kesihatan di pasaran kini menggunakan aloe vera sebagai bahan utama. Namun rasanya lebih mujarab kalau kita gunakan gel asli dari daun pokok aloe vera yang ditanam sendiri.

SGMS Enal