MEERACLE Hadiah Mercedes-Benz Kepada Wakil Jualan

Produk penjagaan wajah Meeracle menghadiahkan kereta Mercedes- Benz kepada empat orang wakil jualan mereka, baru-baru ini.

Pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin ketika ditemui di majlis penyerahan kunci mengumumkan empat orang wakil yang telah mencecah sasaran lebih RM1 juta dalam tempoh tujuh bulan.

“ Menerusi kempen #menjadidenganmeeracle yang telah dijalankan selama 7 bulan bermula Julai 2018, mereka telah melakukan penjualan yang cukup memberangsangkan. 

“ Sebagai tanda penghargaan, pihak syarikat berbesar hati untuk menghadiahkan kereta sebagai imbuhan kepada mereka. Pihak MEERACLE amat menghargai kerja keras kalian,” katanya ketika ditemui di sidang media yang berlangsung di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, kempen #menjadidenganmeeracle akan diteruskan lagi pada tahun 2019. 

“ Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang wakil jualan MEERACLE akan memenangi kereta mewah yang dianggarkan RM 9,000,000 pada tahun 2019 secara keseluruhannya,” ujarnya. 

MEERACLE diasaskan pada tahun 2015 yang mana syarikat berhasrat membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf hidup mereka. 

Syarikat ini akan terus menguasai industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi di dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik.

SGMS Faida