LIFESTYLE By: SGMS Enal December 11, 2019 @ 11:30am

8 Fakta Tentang ”Panic Attack” Yang Perlu Anda Tahu

Serangan panik atau lebih dikenali sebagai panic attack adalah ketakutan yang melampau secara tiba-tiba. Rasa sesak nafas secara tiba-tiba, berpeluh atau perasaan bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku merupakan tanda-tanda anda mengalami masalah serangan panik ini.

Serangan panik ini berlaku dalam masa beberapa minit sahaja. Namun ia mungkin berlanjutan sehingga kira-kira 30 minit dan mungkin lebih lama mengikut keadaan dan situasi . Ketakutan yang dialami mungkin akan mengalami sesak nafas atau membuatkan anda hilang kawalan.

Menerusi laman twitter milik @zaidrostam yang berkongsi mengenai 10 fakta serangan panik yang mungkin anda alami.

1. Serangan berlaku secara tiba-tiba tanpa ada penyebab atau penyebab itu terlalu ‘trivial’.

2. Serangan memuncak dalam tempoh sekelip mata (+-1 minit) dan hilang juga dalam tempoh sekejapan (tak lebih 20 minit).

3. Perlu ada sekurangnya 4 dari 12 simptom baru dikatakan ada serangan panik. Simptom: rasa pening nak pitam, mata berpinar/kabur, nafas tak lancar/laju, berdebar, rasa tercekik, rasa nak mati, dada sesak, seram sejuk, menggeletar, rasa lembut kaki tangan, perut rasa tak selesa.

4. Serangan panik yang kerap diikuti kerisauan melampau mengenainya dalam tempoh sekurangnya sebulan akan didiagnosa penyakit panic disorder.

5. Boleh ada agoraphobia: fobia terhadap situasi di mana penghidap takut dirinya akan terperangkap: kenduri, pergi masjid, shopping mall.

6. Keadaan penyakit yang teruk boleh menyebabkan hilang kefungsian dalam situasi sosial, pekerjaan dan personaliti diri.

7. Amalkan teknik relaksasi seperti relaxation breathing, progressive muscle relaxation, teknik ibadah dan meditasi sebagai langkah awal merawat.

8. Jumpa doktor anda untuk mengesahkan simptom dan mendapatkan rawatan yang tepat.

Sumber: DrRostam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 5 Dec 2018
LIFESTYLE Tue, 31 Jul 2018

Jangan Tahan Kentut Ini Sebabnya..

Kentut yang senyap di panggil silent killer dan ada pula yang kentut macam machine gun. Cuma nak tanya ada ke yang suka tahan kentut

Automobile Thu, 3 Oct 2019

HUAWEI Lancar 13 Produk Terbaharu Hari Ini

Wow! So, apa tunggu lagi dapatkan produk terbaru yang pastinya hot dari HUAWEI

LIFESTYLE Fri, 16 Mar 2018

5 Tips Buat Suami Saat Isteri Sedang Hamil

Menimang cahaya mata memang menyeronokkan tetapi si suami jangan lupa panduan untuk lebih prihatin pada kehamilan isteri

Featured Wed, 13 Oct 2021

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut. Nanti dulu! […]

Events Wed, 17 Jul 2019

Tahniah! Isteri TMJ Selamat Lahirkan Putera Raja

Tahniah TMJ dan Che Puan Khaleeda!

Events Sat, 1 Dec 2018

Harga Petrol RON 97 Turun Sepanjang Disember

Berita baik bagi pengguna RON 97, harga minyak turun ke RM 2.50 seliter sepanjang Disember 2018.

LIFESTYLE Mon, 5 Mar 2018

Kuku Dan Bahan Tradisional , Apa Rahsianya?

Bahan tradisional pun rupanya boleh bantu mencantikan kuku .. Tapi apa bahan dan caranya

Fab Foodies! Mon, 8 Oct 2018

Hebatnya Sebiji Kentang Dapat Membantu Turun Berat Badan

Vitamin B, potassium, dan vitamin C sensitif terhadap air dan panas, sehingga mudah untuk hancur dengan metode masak tertentu.

Events Tue, 21 Aug 2018

Sebaik-Baik Doa Adalah Pada Hari Arafah…Ayuh Berdoa!

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.